Wanita Diceraikan Suami Selepas 50 Hari Berkahwin Kerana Campurtangan Mertua Bergelar Ustazah

Trending

Wanita Diceraikan Suami Selepas 50 Hari Berkahwin Kerana Campurtangan Mertua Bergelar Ustazah

Apa yang akan dikongsikan dalam entri ini ialah tulisan seorang pengguna Facebook bernama Lydia Murni Norman mengenai perkahwinannya dengan seorang ‘ustaz’ yang hanya bertahan 50 hari kerana campurtangan ibu mertua dalam perkahwinan mereka. Ikuti kisah beliau:

lydia1Saya dengan bekas suami nikah atas pilihan bekas mertua saya. Kenal memang tak lama, atas dasar jaga agama. Pada masa ini hormatlah kan. Jaga hubungan sebelum nikah.

Advertisement

Maka, berlangsunglah majlis nikah, walimah, bertandang dalam masa tiga hari berturut-turut. Saya tinggal dirumah mertua, (saya, bekas suami/mertua/adik-adik ipar). Bekas suami anak sulung. Bekas suami seorang yang akan taat apa mak dia suruh/perintah tapi akhirnya makan diri.

Minggu pertama baik saja. Mulai minggu kedua dan seterusnya dah lain, iaitu mertua ambil alih atau kawal semua urusan dalam rumah itu.


Saya bersangka baik. Tetapi bila dah dia masuk campur urusan rumahtangga saya, saya bincang dengan suami. Saya tak kisah ditegur tetapi segalanya dikawal termasuk pergaulan saya dengan suami sendiri.

Nak berjalan berdua, salah. Makan berdua, salah. Kalau ikutkan, semua salahlah. Yang itu satu hal. Bincang lagi dengan suami:

Mak awak tak boleh buat macam ini. Kita dah suami isteri kan.

Suami jawab, kita kena taat mak.

Ok, jalan.

Sampailah saya ditahan di wad sebab pendarahan. Pagi sahur tu dah beritahu mertua, nak pergi klinik. Dia tak bagi, siap cakap saya manja lagi. Sampailah tak tahan macam nak pengsan, barulah suami bawa pergi klinik. Itu pun lama juga sebab nak dapatkan keizinan mak dia dulu. Saya dah menangis masa ini. Sempat lagi dia telefon emaknya nak beritahu nak bawa saya ke klinik.

Sampai klinik terus dirujuk ke hospital sebab HB (hemoglobin) turun sampai 6. Bila dah ditahan di wad saya dengan suami dah macam panas sebab doktor cakap saya mengandung, mungkin kembar tapi salah satu janin dah gugur (sekarang keduanya dah tiada dalam rahim). Saya ditahan di wad pun kena marah juga sebab menyusahkan anak dia nak kerja.

Saya cakap cuti sajalah. Tak boleh katanya sebab mak dia suruh kerja, cari duit. Huhu.

Mertua tak nak cucu sebenarnya sebab katanya menyusahkan. Nak kena pakai banyak duit (bila mentaliti hanya hidup untuk duit).

Saya dikeluarkan dari hospital hari Jumaat. Dia hantar balik ke rumah emak saya. Suami terus balik sebab mak dia dah pesan lepas hantar saya terus pergi kerja. Hari terakhir jumpa suami. Malam itu kali terakhir dia telefon. Dia cakap dia tertekan, stres sebab mak dia marah-marah kerana saya balik rumah keluarga. Tiada siapa nak buat kerja rumah, seterika baju dan sebagainya.

Sampailah hari Ahad (19/6), saya telefon beratus kali, Whatsapp dan hantar mesej pada suami. Langsung tak tanya khabar isteri dia macam mana. Sampai saya persoalkan juga tanggungjwab dia sebagai suami. Iyalah, saya di bawah tanggungjawab dia.

Akhirnya, dia langsung hantar mesej cerai sebab saya yang desak dia ceraikan saya (yang ini langsung tak wujud).

Malam itu saya ke rumah dia sebab nak ambil barang-barang saya. Saya rasa maruah dipijak-pijak. Mereka nak salahkan saya atas semua ini. Barang-barang saya dihumban dalam kotak saja. Saya angkut. Suami langsung tak turun. Langsung tak pertahankan maruah saya sebagai isteri dia. Umpama kain buruklah. Sebelum minta jadi isteri, sangat beradablah ambil saya dari mak abah. Tapi, bila tak nak buang macam itu saja. Semua diakhiri dengan telefon, SMS. Cerai pun buat main-main, urusan hidup mereka pun main-main agaknya.

Ustazah, ustazah ini ustazah tau. Sepatutnya nasihat anak jangan sampai bercerai. Tapi, ustazah beriya suruh anak ceraikan saya. Sebab? Sebab saya tak ikut cakap ustazah. Tiada siapa yang nak seterika baju-baju bukan? Ustazah sedar saya mengandung tapi sengaja nak bunuh anak-anak saya. Tegarnya hati.

Suami, tak salah nak pertahankan emak sendiri, tetapi awak ada tanggungjawab awak juga terhadap isteri. Ada perkara boleh ikut, ada boleh bantah. Walaupun saya mengandung awak tetap tak ambil tahu. Cuma persoalkan tanggungjawab saya terhadap awak.

Jadi, mana tanggungjawab awak selama ini? Nafkah langsung tak beri sebab mak tak bagi beri pada saya. Bagus!

Sila buang gelaran ustaz, ustazah tu. Sangat tak layak. Mertua buat menantu macam pembantu. Suami buat isteri macam hamba. Ya, dunia akhir zaman. Ini baru sedikit ceritanya. Kadang-kadang, gelaran itu mengaburi mata kita sebenarnya. Saya ingatkan sebelum ini boleh tumpang sedikit-sedikit ilmu agama.

13615204_1246238445409255_8539599049500863601_n

Semua dah selesai. Selesai di dunia. Akhirat tanggung sendiri wahai bekas suami, mertua. Anak-anak saya pun dah selamat di syurga. Moga jadi asbab untuk saya ke syurga. Semoga jadi asbab untuk kalian kerana menzalimi saya sebagai isteri, menantu.

Maka, berakhirlah kisah saya yang mengharapkan bercinta selepas nikah ini. Tak sempat bercinta pun. Berbulan madu pun ramai-ramai. Ingatkan berakhir di syurga tetapi berakhir di neraka yang dia buat pada rumahtangga kami. Hati budi pun jauh sekali nak kenal.

Saya tak cakap bercinta lepas nikah ini tak kekal lama tapi bergantung atas pengemudi rumah tangga itu sendiri. Itulah sebab nikah ini amanah yang berat, tanggungjawab pun dah tak sama. Nak bahagia selamanya kena lalui suka dan duka.

#50DaysMarried
Tq,
Lots of love,
LYDIA (12/7/2016)-amazingnara.com

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...