Wanita Diceraikan Ketika Majlis Kahwin Hanya Kerana Ibu Mentua Kata ‘Terlalu Pendek Dan Hodoh’

Trending

Wanita Diceraikan Ketika Majlis Kahwin Hanya Kerana Ibu Mentua Kata ‘Terlalu Pendek Dan Hodoh’

Perkongsian seorang wanita di Facebook tentang hari bahagianya yang musnah dalam sekelip mata telah mendapat perhatian ramai warganet dari seluruh dunia.

Pada minggu lalu, Lamia al-Labawi telah berkongsi kisah sedih apabila perkahwinannya dibatalkan bukan sebab orang ketiga tetapi kerana ibu mentuanya sendiri.

Advertisement

Difahamkan, wanita dari Tunisia itu telah diceraikan oleh suaminya pada majlis perkahwinan mereka hanya kerana ibu pengantin lelaki tidak menyukai penampilan Lamia.

Selepas empat tahun bercinta mereka sepatutnya berbahagia selepas disatukan namun segala wang dibelanjakan untuk persiapan majlis yang rapi itu berakhir dengan cerita menyedihkan.

Ibu pengantin lelaki itu dikhabarkan tidak pernah berjumpa dengan Lamia secara bersemuka sebelum bernikah dan hanya melihat gambarnya di telefon.

Namun, ketika majlis itu berlangsung ibu mentuanya tiba-tiba meminta anak lelakinya meninggalkan Lamia kerana menurutnya dia terlalu pendek dan hodoh.

Lebih mengejutkan tetamu semua, pengantin lelaki tersebut langsung tidak mempertahankan Lamia sebaliknya dia menyebelahi ibunya dan terus meninggalkan isteri yang baru dinikahinya.

Melalui hantaran di Facebook, Lamia menceritakan tentang situasi itu dan berkata dia berasa sangat malu di hadapan ramai orang ketika majlis berlangsung.

Selepas kisah ini tular, Lamia mendapat banyak sokongan, dorongan dan kata-kata positif daripada ramai netizen di media sosial.

Rata-ratanya menyelar tindakan lelaki itu dan ibunya kerana tergamak berbuat sedemikian. Bukan itu sahaja, mereka juga berkata pada Lamia bahawa dia sebenarnya telah terselamat daripada hidup bersama keluarga yang toksik sebegitu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

tunang
6 bulan lalu

(VIDEO) “Dia Pilih Yang Lain”- Tunang ‘Lari’ Gara-Gara Hanya Kerja Kilang, Netizen Sayu Tengok Lelaki Ini Termenung Sedih

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Mirror UK

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

1 Comment

  1. Anonymous

    August 1, 2022 at 7:08 am

    mentua tu bajet ank dia ensem sgt hahaha
    ntah2 rupa mentua pun sendu

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...