Wanita Dicabul Lelaki Autisme: Kes Diberi Keutamaan Oleh Polis

Trending

Wanita Dicabul Lelaki Autisme: Kes Diberi Keutamaan Oleh Polis

Beberapa hari lalu seorang lelaki berumur 22 tahun ditahan selepas meraba seorang wanita di sebuah restoran di Subang Jaya.  Kejadian ini mendapat perhatian netizen kerana lelaki itu merupakan seorang penghidap autism.

Ketika kejadian, pemuda autisme tersebut bertindak memegang dada mangsa itu semasa makan malam sempena sambutan hari jadi pemuda tersebut di restoran terbabit.

Advertisement

Mengikut kenyataan oleh ibu suspek, dia dan keluarga telah menerangkan keadaan suspek iaitu Ahmad Ziqri yang menghidapi Autisme dan tidak sedar tindakan yang dilakukannya.

Ibu kepada pemuda ini turut meluahkan rasa kesal melalui akaun Facebook miliknya kerana tak dapat membayangkan anak yang mempunyai kapasiti mental budak berumur 13 tahun terpaksa ‘mendiami’ lokap selepas penahanan tersebut.

Susulan itu, ibu mangsa membuat laporan polis terhadap kes yang menimpa anak perempuannya itu.

Keadaan ini sekaligus mengundang pelbagai reaksi netizen di media sosial.

Wanita yang ingin dikenali sebagai Nur berkata, anak kedua daripada empat beradik itu kini trauma dan tidak ceria seperti dahulu selepas kejadian tersebut.

Katanya, lebih mengecewakan tindakan netizen yang meluahkan pelbagai reaksi tanpa mengetahui hal sebenar.

“Ketika kejadian keluarga saya marah dengan keluarga lelaki berkenaan kerana membiarkan anak mereka berkeliaran tanpa pe­ngawasan.

“Kami tidak tahu lelaki itu menghidap autisme sehingga di balai polis, namun ketegangan timbul apabila keluarga lelaki itu bertindak mengecam kami sekeluarga yang tidak prihatin dengan penyakit autisme anak mereka.”

Nur mendakwa, selepas kejadian itu mangsa, trauma dan tidak ceria seperti dulu.

Penahanan Ahmad Ziqri mengikut prosedur operasi standard (SOP) serta bertindak berdasarkan batas undang-undang yang sedang berkuatkuasa.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata, tangkapan dibuat ekoran pengecaman positif mangsa bersama saksi kejadian bagi tujuan siasatan serta keadilan kepada kedua-dua pihak.

“Kami memberikan keutamaan berkaitan kes ini dan siasatan akan diselesaikan serta diputuskan dalam masa terdekat.

“Keputusan siasatan akan diambil berdasarkan kewajaran hak kepada mangsa dan tertuduh.”

Netizen menganggap tindakan ini seperti tiada keadilan untuk insan istimewa ini dan menyeru pihak bertanggungjawab bertindak membantu dalam kes ini. Mereka juga merasakan tindakan tahanan reman atau dibicarakan di mahkamah seperti manusia normal merupakan tindakan yang kejam.

Pihak polis menunggu laporan hospital berhubung trauma yang dihadapi mangsa. Pihak polis memberikan ke­utamaan berkaitan kes ini dan siasatan akan diputuskan dalam masa terdekat

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...