Wanita Di Wuhan Tempah 76 Jenis Makanan, Sempena 76 hari ‘Lockdown’

Kehidupan

Wanita Di Wuhan Tempah 76 Jenis Makanan, Sempena 76 hari ‘Lockdown’

Umum mengetahui bahawa China adalah negara yang terawal diancam dengan wabak COVID-19 sejak penghujung Januari yang lalu. Oleh sebab itu, seluruh China diarahkan lockdown pada 23 Januari.

Sejak itu rakyat China tidak dibenarkan untuk meninggalkan kompaun tempat tinggal mereka dan hanya seorang dari seisi rumah sahaja yang dibenarkan keluar dan masuk setiap 2 hingga 3 hari untuk membeli barangan asas, bergantung pada keadaan kawasan.

Advertisement

Tetapi baru-baru kita telah dikhabarkan dengan berita bahawa rakyat China telah pun bebas dari ‘lockdown’.

jiran dedah tiktoker jual laksa siam tak jaga kebersihan
3 hours ago

“Sisa Makanan Yang Ditinggalkan Penuh Lalat” - ‘TikToker’ Jual Laksa Dakwa Diri Dihalau, Jiran Dedah Ternyata Tak Jaga Kebersihan

Sebagai simbolik 76 hari tempoh kuarantin yang telah dilaksanakan, terdapat seorang wanita di Wuhan telah bertindak memesan sebanyak 76 jenis makanan di sebuah restoran untuk sarapan pagi pada hari pertama bebas ‘lockdown’ di sana.

Wanita tersebut dikatakan ‘craving’ untuk makan makanan tersebut

Menurut sumber, semua makanan yang dipesan telah dihantar oleh seorang penghantar makanan lelaki dengan hanya berjalan kaki sambil memikul bungkusan makanan tersebut dengan sebatang kayu dibahunya.

Penghantar makanan menghantar 76 pesanan

Difahamkan, wanita tersebut telah memesan makanan itu seawal jam 6.33 pagi

Makanan

Dapat dilihat gambar yang memaparkan kegigihan penghantar makanan itu untuk menghantar kesemua makanan yang dipesan. Beliau dikatakan selesai menghantar makanan tersebut setelah mengambil masa selama satu jam.

Saya sudah tidak merasa “Guo Zao” (sarapan pagi) lebih daripada dua bulan.

Saya sangat gembira hari ini kerana Wuhan sudah selesai melalui perintah berkurung.

Bagimanapun, kesemua makanan yang dipesan oleh wanita itu dikatakan telah dikongsikan dengan seluruh keluarganya dan jiran tertangga.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...