Wanita Dedah Sikap Pak Haji Gatal, Makan Duit Isteri Ada Hati Simpan Kekasih Gelap

Trending

Wanita Dedah Sikap Pak Haji Gatal, Makan Duit Isteri Ada Hati Simpan Kekasih Gelap

Saya bercinta dengan suami orang yang 20 tahun jauh lebih tua dari saya. Dia berumur 57 tahun. Orang cakap dah jadi warga emas pun.
kekasihgelap

Dia juga seorang Pak Haji. Kami bercinta selama setahun setengah tanpa sebarang masalah. Kehidupan kami boleh dikatakan dah macam suami isteri. Eh, suami isteri pun tak bersama kerap sangat.

Advertisement



Seminggu kami bersama lebih kurang tiga ke empat kali. Dia bebas bergerak ke sana ke mari kerana kesibukkan isterinya yang banyak dihabiskan di rumah, berjumpa dengan para downline dan seminar.

Oh, lupa. Isterinya merupakan antara jutawan wanita terawal dalam company MLM yang menjual barangan kesihatan dan barang hiasan bersalut emas. Segala kemewahan dia adalah dari hasil isterinya.

Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya kami kantoi juga. Perhubungan kami dapat dihidu setelah ada orang yang menyampaikan pada isterinya.

Selepas dari kejadian itu dia hanya mengikut telunjuk isteri. Dia pernah disuruh pulang semata-mata isterinya hendak menyuruh dia memasak Maggi. Di mana rasa hormat seorang isteri pada suami??

Sejak itu masanya banyak dihabiskan di rumah kerna tidak mahu keadaan bertambah keruh. Telefon dia juga jarang dibuka. Mesej WhatsApp hanya dibaca tiga hari sekali.

Saya hanya disuruh bersabar dan berdoa sedangkan dia sendiri tahu kesudahan hubungan kami ekoran sikapnya yang bagai lembu dicucuk hidung.

Saya ditinggalkan setelah dikaburi dgn janji-janji manis dan setelah puas dia memuaskan nafsu serakahnya mungkin. Hubungan kami juga tamat mungkin kerana dia tidak mahu hilang segala kemewahan.

Ramai kawan-kawan yang menasihati tak perlu tunggu lelaki yang hanya tahu bermegah dengan kekayaan isteri sedangkan dia tidak mempunyai apa-apa.

Pengalaman mendewasakan lagi kita. Perempuan-perempuan di luar sana tolong jangan tertipu dengan lelaki yang konon nampak bergaya dan kaya sedangkan diri tak punya apa-apa. Mulut manis berjanji sampai langit pun boleh runtuh.

Untuk para suami yang ada niat nak beristeri lebih atau konon nak ada kekasih gelap sila ukur baju di badan sendiri. Kalau dekat rumah tu ada bela haiwan-haiwan eksotik macam singa betina lupakanlah niat tu. Simpan jer dalam hati tak pakai modal pun.-

Kekasih Gelap

Anda mempunai pengalaman/pengakuan? Sila hantarkan kepada kami di ruangan PM di Facebook BeautifulNara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...