Wanita Dedah Perangai Ibu Gadis OKU 14 Tahun, Dera Sejak Kecil

Kehidupan

Wanita Dedah Perangai Ibu Gadis OKU 14 Tahun, Dera Sejak Kecil

Seorang pengguna Twitter mendakwa, ibu seorang gadis OKU 14 tahun yang telah ditahan polis untuk siasatan kerana mendera anaknya sebenarnya sudah mendera anak itu sejak kecil lagi.

Dia memberitahu, wanita itu ialah rakannya sejak kecil dan Ain berkeadaan begitu kerana perbuatannya sendiri.

Advertisement

“Membesar sama-sama.”

“Dia bukan warga asing, memang orang Mata Ayer.”

“Nenek Ain pernah jaga, tapi ibunya larikan.”

Ain bukan anak luar nikah.”

“Ain lembam kerana ibu mahu gugurkan semasa dalam kandungan.”

“Umur 4 tahun kena cuci pinggan.”

“Mak Ain asyik beranak.”

Kisah penderaan gadis Ain yang berusia 14 tahun dan tidak bersekolah menjadi tular setelah adik lelaki jirannya menegur gadis itu yang dibiarkan di luar rumah dihurung nyamuk sedangkan ibu dan bapa tirinya serta adik beradik lain keluar rumah makan pulut durian di rumah datuknya. Ain dibiarkan sendirian di luar rumah dan hanya ditemani seekor kucing.

Ain mendakwa dia sering dipukul dengan buluh, dikepit dengan playar dan pernah disimbah air panas. Dia ditemui dibiarkan di luar rumah pada waktu gelap kerana ibunya tidak membenarkan dia berada dalam rumah.

Untuk makluman, Ain kini sedang berada dalam jagaan Jabatan Kebajikan Masayarakat setelah kes ini tular manakala ibunya kini dalam tahanan polis. – amazingnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...