Wanita Dedah Pengasuh Taska Beri Anak-anak Ubat Batuk Supaya Tidur

Trending

Wanita Dedah Pengasuh Taska Beri Anak-anak Ubat Batuk Supaya Tidur

Geramnya bila baca. Sempat screenshot untuk menyedarkan orang ramai.


 photo ubat.jpg

Baru tahu rupa-rupanya ada sesetengah tempat asuhan yang beri ubat batuk kepada bayi dan kanak-kanak, semata-mata untuk memudahkan kerja mereka.


Mungkin ibu bapa diluar sana berasa lega dan menyangka tempat pengasuh “menjaga” elok anak-anak mereka. Setiap kali ibu bapa ini mengambil anak, mereka akan check jika terdapat kesan benjolan atau luka akibat didera mahupun disebabkan kelalaian.

Advertisement

Tapi hakikatnya, ramai yang belum tahu bahawa anak mereka tidur sepanjang hari di tempat asuhan tersebut selepas diberikan ubat batuk, supaya mereka lebih “behave” dan tidak mengganggu tugas-tugas pengasuh.

Dan mungkin kerana itulah, mereka tidak didera secara fizikal tetapi ianya lebih kepada penderaan jangka masa panjang terhadap pertumbuhan kanak-kanak tersebut.

Ubat batuk@selsema mempunyai kesan sampingan yang buruk apabila diambil oleh kanak-kanak yang kecil. Kesan sampingan seperti mengantuk boleh menyebabkan pengurangan penyusuan dan minum, terutamanya bayi dan kanak-kanak yang kecil yang secara tidak langsung boleh menyebabkan dehidrasi.

Ubat batuk yang mengandungi ubat narkotik, seperti codeine, boleh mengakibatkan pernafasan bayi serta kanak-kanak diperlahankan. Bayangkan jika tempat asuhan ni berikan pada anak anda setiap hari, terlebih dos atau disebabkan komplikasi lain, ianya boleh menyebabkan kanak-kanak ini berhenti bernafas, sawan, gangguan sistem saraf, jantung dan usus, serta membawa maut.

Sayangilah anak-anak anda. Selidik dahulu tempat asuhan anak anda sebelum memberikan 100% kepercayaan kepada mereka.
Semoga anak-anak kita semua sentiasa dibawah lindungan-Nya. InsyaAllah.

Sebarkan untuk kebaikan bersama ????
-zazashahri-
Master in Community Health Science,
Faculty of Medicine, UKM


 photo 8.jpg
 photo 7.jpg
 photo 1.jpg
 photo 5.jpg
 photo 6.jpg
 photo 3.jpg
 photo 2.jpg
 photo 4.jpg
amazingnara.com
Sumber: Zaza Shaari

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...