Baru-baru ini melalui laman Facebook, tular satu hantaran wanita yang juga merupakan seorang ibu mendedahkan kos yuran pengajian anak-anak yang perlu ditanggung oleh keluarga.
Jumlah sebenar kos yuran ijazah perubatan
Dapat dilihat melalui perkongsian tersebut, yuran untuk ijazah sarjana muda dalam bidang perubatan di Universiti Malaya untuk pelajar subsidi ialah RM10,100 untuk setiap semester dan ia menjadikan jumlah keseluruhan adalah sebanyak RM299,200 selama lima tahun.
Buat pelajar yang tidak menerima subsidi pula, mereka perlu membayar yuran sebanyak RM112,300 untuk setiap semester.
Ada alternatif swasta seperti yang ditawarkan di Universiti Teknologi Mara (UiTM), di mana universiti tersebut mengenakan yuran RM35,000 setiap semester, menjadikan kos keseluruhan bagi ijazah perubatan mencecah RM350,000.
Susulan itu, wanita ini mendedahkan perbezaan antara jurang yuran yang dikenakan ini menjadi satu masalah disebabkan oleh sistem pengelasan pendapatan di Malaysia.
Perit bila T20 tak layak terima bantuan subsidi
Keluarga yang menerima RM12,001 setiap bulan diletakkan di bawah kategori T20 dan itu membuatkan mereka tidak layak menerima subsidi.
Gaji RM12,001 dah masuk Kategori T20. Sedangkan yuran ijazah sains minimum RM90,000 ke RM350,000. Kalau anak bercita-cita nak jadi doktor, kena buat simpanan RM1,700 sebulan selama 18 tahun.
Biarpun berasa kecewa dengan dengan situasi ini, wanita terbabit cuba untuk kekal positif dan tempuh realiti ini biarpun berat.