Seorang wanita tampil membuat pendedahan apabila dia mendakwa dirinya telah menjadi mangsa penipuan bapa kepada seorang penyanyi popular sehingga mengalami kerugian sebanyak RM106,530.
Menurut Amy, dia menyerahkan sejumlah wang kepada bapa penyanyi popular itu pada awal tahun ini untuk tujuan membeli sebidang tanah dan turut ditawarkan untuk membangunkan tanah tersebut.
Bapa penyanyi itu tawarkan sebidang tanah dan kebetulan saya memang tengah mencari tapak untuk membuka kedai makan dan spa kecantikan.
Selepas bersetuju membeli tanah tersebut saya ada membuat pembayaran deposit sebanyak RM15,000 malah dia pelawa nak bantu bangunkan perniagaan yang dirancang.
Ayat dia terlalu manis sehingga saya sendiri tak perasan dia kikis duit saya sikit demi sedikit sehingga mencecah RM106,530.
Namun, Amy mula berasa sangsi apabila lelaki itu seakan mengelak ketika diminta untuk menunjukkan geran tanah dan memberi bermacam alasan.
Saya mula berasa pelik sebab setiap transaksi saya buat terus ke akaun peribadinya dan tiada satu pun resit daripada pihak pembekal. Dokumen perjanjian dan geran sampai sekarang masih tiada sebarang khabar berita.
Difahamkan, penyanyi popular itu sudah sedia maklum dengan kes penipuan bapanya itu dan menyerahkan kepada Amy jika dia ingin mengambil sebarang tindakan.
Saya sudah hubungi anaknya dan dia tiada masalah kalau saya ambil tindakan terhadap bapanya asalkan saya dapat kembali duit saya.
Amy memaklumkan dia sudah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah Larkin dan kes kini berada dalam siasatan polis.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.