Seorang wanita tampil mendedahkan telah menjadi mangsa pukul malah pernah dicekik oleh aktor berbadan sasa sewaktu menjadi kekasihnya.
Menerusi Instagram story, wanita berkenaan turut berkongsi beberapa foto memaparkan kecederaan dialaminya akibat keganasan dilakukan pelakon berjambang terbabit.
Berapa kali kau cekik aku sampai pengsan? Bila aku pengsan kau tampar untuk sedarkan aku. Bila aku dah sedar kau cekik aku lagi dan lagi.
Kena pukul, kena hina
Dia juga turut mendakwa aktor terbabit sering menghamburkan kata-kata tidak baik serta menghinanya dan memaklumkan dia telah pun membuat laporan polis.
Takde lelaki nak perempuan rosak macam kau!
Dakwa wanita itu lagi, setiap kali mendera dan mengasarinya selepas pelakon lelaki berkenaan itu kemudian akan mengeluarkan kata-kata manis dan memberi janji palsu.
Wanita itu mengalami lebam di bahagian mata kiri selain turut lebam di lengan, leher dan anggota badan yang lain. Katanya, niatnya membuat pendedahan tersebut adalah supaya wanita lain tidak menjadi mangsa aktor berkenaan yang seterusnya.
Kata wanita itu lagi, selepas pendedahan tersebut seorang gadis yang jauh lebih muda darinya berkongsi dan memaklumkan pernah diperlakukan seperti itu sebelum ini oleh aktor yang sama.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.