Perkongsian seorang wanita di TikTok baru-baru ini mengundang rasa berang selepas dia mendedahkan jumlah nafkah dipercayai diberikan bekas suami.
Menerusi video itu, wanita tersebut yang dipercayai sudah bercerai sedang mendandan rambut anak perempuannya dan turut memaparkan tangkap layar maklumat transaksi daripada bekas suami yang hanya memberinya sebanyak RM0.03 sen.
Maklumat transaksi tersebut tertera ‘Nafkah Nakyla December 2024 namun wanita itu akui usaha lelaki tersebut untuk menyakitinya tidak berhasil dan hanya sia-sia.
Cubaannya untuk menyakitiku tidak berhasil kerana dia terlupa akan dua perkara. (Pertama) rezeki Allah itu luas dan (kedua) doa orang dizalimi.
@cheeksiti♬ WILDFLOWER – ♥︎
Video itu meraih perhatian ramai warganet di mana rata-ratanya panas hati dengan lelaki berkenaan kerana tidak bertanggungjawab memberikan nafkah secukupnya buat anak mereka.
Ramai netizen turut mendoakan agar urusan kehidupan sehariannya dipermudah dan dimurahkan rezeki buatnya dan anak. Segelintir individu pula melontarkan kebimbangan tentang undang-undang syariah membabitkan isu tersebut memandangkan ini bukanlah cerita pertama didengari dari masyarakat berkaitan lelaki culas membayar nafkah selepas bercerai.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.