Dapat dilihat di laman Instagram penyanyi, Nourul Depp beberapa hari yang lalu, dia memuat naik foto ketika dirinya sedang mengandung anak pertama, Ayu Nazirah, kira-kira 25 tahun lalu.
Luahan hati yang dibuat dalam perkongsiaan tersebut telah meraih perhatian ramai kerana Nourul menceritakan pengorbanannya sebagai seorang ibu untuk melahirkan anak pertamanya itu.
Bahkan, penyanyi tersebut juga seakan-akan memberi gambaran bahawa ‘perang’ dingin dengan anak pertamanya itu telah menguriskan hatinya.
View this post on Instagram
Wanita dalam gambar ini dah ‘mati’ semasa membesarkan anak gadisnya. Dia mengambil seorang wanita baru untuk menjadi ibunya sehingga dia berumur 23 tahun.
Dalam pada masa yang sama, ramai juga menegur Nourul kerana bimbang perkongsiaannya itu bakal menimbulkan pelbagai spekulasi.
Namun, penyanyi tersebut tetap dengan pendiriannya dan yakin mampu tangani segalanya.
Sekadar info, Nourul dan Ajai pernah mendirikan rumah tangga pada tahun 1996 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ayu Nazirah, 25 sebelum bercerai pada tahun 2006.