Wanita Dakwa Suami Disondol Selebriti Muslimah, Beri Amaran Jika Masih Dekati Suami – “Saya Tak Teragak-Agak Dedah Bukti”

Trending

Wanita Dakwa Suami Disondol Selebriti Muslimah, Beri Amaran Jika Masih Dekati Suami – “Saya Tak Teragak-Agak Dedah Bukti”

Baru-baru ini, timbul dakwaan mengatakan rumah tangganya kini ibarat di hujung tanduk gara-gara suaminya telah diganggu oleh seorang selebriti wanita yang berpenampilan muslimah sejak dua tahun yang lalu.

Menurut sumber, wanita yang hanya ingin dikenali sebagai Y itu tidak menyangka hubungan istimewa di antara suaminya dan selebriti wanita tersebut terjalin secara diam.

Advertisement
wanita dedah selebriti wanita sondol suamiSumber : Astro Gempak 

Kami suami isteri mula kenal dengan selebriti itu apabila dia jadi pelanggan bisnes kami. Selepas itu, saya dan dia mula rapat sehingga saya sendiri dah anggap dia macam keluarga.

 

Dia selalu datang rumah saya dan saya tak syak apa apa yang mencurigakan sebabkan imej muslimah dan sikap lemah lembut yang dia bawa.

 

Dia turut bawa anak dia bermain dengan anak kami dirumah. Sehinggalah saya rasakan sesuatu yang pelik kerana interaksi dan bahasa tubuh selebriti itu dengan suami saya sangat berbeza.

Walau bagaimanapun, hubungan istimewa mereka itu terbongkar apabila Y membaca mesej mereka secara tidak sengaja di media sosial.

Mahu jadi isteri kedua

 

Dia turut memberitahu dia telah bersemuka dengan selebriti tersebut namun selebriti itu didakwa memutar belit cerita. Malah selebriti itu dikatakan menggunakan alasan agama dan mahu dirinya diterima sebagai madu.

Lebih mengejutkan, selebriti itu tidak berputus asa untuk meraih perhatian dan berusaha untuk bergelar isteri kedua kepada suami Y.

Wanita itu memberitahu tujuannya mendedahkan perkara ini adalah untuk menyelamatkan rumah tangga nya dan tidak mahu bermadu.

suami isteri

Tujuan saya tampil mendedahkan perkara ini kerana mahu menyelamatkan rumah tangga saya dan suami. Saya tak mahu bermadu dan mahu mengekalkan keharmonian perkahwinan.

 

Jika selebriti itu masih berdegil, saya tidak teragak-agak untuk mendedahkan identiti dirinya berserta bukti dia menggangu rumah tangga saya.

Difahamkan, selebriti tersebut pernah didakwa menghancurkan dua rumah tangga lain sebelum ini.

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

fazley yaakob
3 months ago

"Tak Semua Penyondol & Disondol Itu Bersalah Kerana Dalam Rumah Tangga Ada Elemen Tak Cerita Pada Orang Luar" - Dato' Fazley Yaakob

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...