November 6th, 2017

Sejak membuat kemunculan semula dalam industri hiburan tempatan, nama Shahir AF tidak berhenti dikaitkan dengan kontroversi. Selepas panas dengan isu bersama pramugari bernama Mona, kini nama Shahir sekali lagi menjadi viral apabila seorang wanita dengan nama Raudhatul Ain Rosli tampil membuat dakwaan beliau ditipu oleh Shahir.

Menerusi akaun Facebooknya, Ain yang merasa berang mendedahkan Shahir seorang penipu kerana tidak membayar hutangnya walaupun sudah diminta berulang kali.

Ain turut menyertakan bukti perbualan WhatsApp beliau bersama Shahir dimana beliau menghubungi penyanyi tersebut untuk meminta wangnya. Shahir meminta Ain memberikan beliau sedikit masa untuk melangsaikan hutangnya tetapi Shahir akhirnya memungkiri janjinya.

Buat masa ini, Ain akan tetap menuntut wangnya dan hanya akan membuat permohon maaf secara terbuka sekiranya Shahir sudah habis membayar hutang tersebut.

Kami tidak mengetahui apakah perkara sebenar yang berlaku disebalik kes hutang ini dan berapa jumlah yang Shahir pinjam daripada Ain. Namun, ia sudah berlarutan selama bertahun lamanya dan mungkin juga ini cara terakhir untuk Ain mendapatkan wangnya semula? Apa-apa pun, harapnya Shahir dapat tampil memberikan penjelasan berhubung isu ini.

Sumber Berita : Facebook Raudhatul Ain Rosli


Comments are closed.

Loading...