Wanita Dakwa ‘Patung Elsa Berpuaka’ Kembali Ke Rumah Walaupun Telah Dibuang

Kehidupan

Wanita Dakwa ‘Patung Elsa Berpuaka’ Kembali Ke Rumah Walaupun Telah Dibuang

Seorang wanita dari Houston baru-baru ini mengadu di media sosial mengenai patung Elsa milik anaknya, yang bukan sahaja menyanyi sendiri walaupun suisnya ditutup, tapi kembali kepada mereka walaupun sudah beberapa kali dibuang.

Emily Madonia mengingat kembali bahawa patung bermasalah itu menjadi sebahagian dari keluarganya pada Krismas 2013, sebagai hadiah kepada anak perempuannya.

Advertisement

Ia mengucapkan beberapa ayat dari filem blockbuster Disney, Frozen, dan menyanyi lagu ‘Let It Go’ apabila satu butang pada rantainya ditekan.

Segalanya baik saja selama dua tahun, tetapi pada tahun 2015, ia menukar-nukar nyanyian antara bahasa Inggeris dan Sepanyol, sedangkan sebelum ini ia hanya menyanyi dalam lirik bahasa Inggeris.

Kemudian ia mula bercakap dan menyanyi secara tiba-tiba, sedangkan suisnya telah dipadamkan.

Tetapi mereka biarkan saja dan mengaggap ada masalah dengan wayar atau teknikal.

Namun begitu sesuatu yang menakutkan berlaku Disember lepas, menyebabkan Emily memutuskan untuk membuang saja patung tersebut bersama timbunan sampah. Tetapi ia kembali…

Ok serius, kami perlukan pertolongan. Kalau anda belum tahu lagi, minggu lepas suami saya dah buang patung Elsa itu, kemudian kami jumpanya semula di bawah kerusi kayu tidak jauh dari rumah.

Kami rasa cemas jadi kami balut patung itu dengan plastik sampah, kemudian letak ia dalam satu plastik penuh sampah yang lain dan kemudian masukkan dalam satu lagi plastik sampah yang lain dan masukkanya dalam tong sampah.
Kemudian kami keluar bandar dan lupa tentang patung itu.

Hari ini Aurélia kata:

Mak saya nampak patung Elsa itu lagi di halaman belakang.

Pada mulanya Emily menyangka ada ahli keluarga yang membuat prank, namun itu pelik kerana siapa yang sanggup korek semula patung itu dari lori sampah? Tambahan pula patung itu ada kesan contengan pen marker yang pudar seperti patung asal yang dibuang.

Saya tahu ia patung asal disebabkan itu.

Disebabkan patung itu ‘kembali’, mereka membuat pendekatan berbeza iaitu menghantarnya melalui pos kepada seorang rakan di Minnesotta. Semasa membungkus patung itu, ia ‘ketawa’ selama 30 saat dan itu tidak pernah terjadi.

Rakan Emily di Minnesotta yang menerima patung itu, Chris Hogan, memberitahu yang dia melekatkan patung itu pada pelindung Jeepnya dengan pita.

Tetapi jika ia ‘terlepas’, Chris berhasrat memateri patung itu pada paip besi sebelum membuangnya di Tasik Woods.

Ditanya mengapa dia tidak membakar saja patung itu, Emily berkata:

Sebab tak elok. Jika ada sesuatu dalam patung itu, ia akan keluar. Yang ada di dalam takkan musnah.

Sebenarnya saya tak tahu sama ada semua perkara ini benar, saya cuma mahu patung itu dikeluarkan dari kawasan rumah saya. Saya penat bila ia pulang dan menyorok di tempat-tempat pelik.

  • amazingnara.com

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...