Wanita Dakwa Dipermainkan Andika Putera, Bagi Harapan Untuk Kahwin – “Rupanya Dia Bercinta Dengan 2 Orang Dalam Satu Masa”

Trending

Wanita Dakwa Dipermainkan Andika Putera, Bagi Harapan Untuk Kahwin – “Rupanya Dia Bercinta Dengan 2 Orang Dalam Satu Masa”

Belum pun selesai kemelut bersama bekas isteri, nama Andika Putera kali ini ‘dipetik’ oleh seorang wanita yang mendakwa telah dipermainkan olehnya.

Andika Puteri mohon maaf
5 months ago

"Kau Dah Malukan Ibu Anak Kau, Boikot Je La" - Andika Putera Buat Permohonan Maaf Isu Rumah Tangga Bersama Bekas Isteri

Advertisement

 

Kenal sebulan, Andika ajak tunang

Menerusi TikTok, wanita bernama Nana itu mendakwa hubungannya dan Andika mula terjalin sekitar Mei 2024 dan dia dihubungi oleh lelaki tersebut menerusi Whatsapp.

Dakwanya lagi, Andika meluahkan hasrat untuk ke tahap yang lebih serius selepas kira-kira sebulan mereka berkenalan.

Katanya nak masuk meminang pada hujung bulan 6. Nak ikat terus, tak nak bagi orang sambar. Kalau boleh nak kahwin terus bulan 9 dan 10 sebab taknak tunang lama-lama. Risau ujian semasa bertunang tu besar dan berat.

wanita perdaya Andika Putera

 

Bapa dah setuju, rupanya Andika…

Nana bagaimanapun tidak bersetuju kerana adiknya baru sahaja berkahwin. Andika pula didakwa berjanji untuk menanggung segala kos perkahwinan sebanyak RM150,000.

Jujur pada mulanya, papa memang tak setuju hubungan Nana dengan dia atas sebab tertentu. Tapi selepas dah pujuk dan atas doa ramai, papa pun terbuka hati untuk terima.

Bila papa dah setuju, papa suruh buat keputusan untuk pilih tarikh merisik dan bertunang. Nana beritahu Andika, sekali dia plot twist cakap ‘jap tengah keliru, tak tahu nak pilih sama ada Nana atau Doktor (tunang sekarang)’.

wanita perdaya Andika Putera

Wanita itu terkejut dengan penyataan tersebut, rupa-rupanya Andika didakwa bercinta dengan dirinya dan juga seorang doktor pada masa yang sama.

Tambah Nana, Andika berkata kedua-dua wanita mempunyai kelebihan masing-masing dan doktor yang dipilihnya itu sanggup bermadu sekiranya Andika memilih Nana.

Nana bagaimanapun menegaskan bahawa dia bukanlah punca lelaki itu bercerai dengan bekas isterinya. Dia turut berkata hantaran tersebut dibuat bukan dengan niat untuk menjatuhkan sesiapa sebaliknya hanya mahu wanita lain untuk ambil iktibar daripada kisahnya.

wanita perdaya Andika Putera

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...