Terdahulu, seorang wanita yang mendakwa seorang artis lelaki Malaysia telah membuatkan dirinya hamil telah mengakui dakwaan tersebut sebenarnya tidak benar.
Bukan itu sahaja, wanita itu turut meminta maaf kepada orang ramai dan memaklumkan dia akan memadam akaun tersebut.
Namun, baru-baru ini, wanita berkenaan kembali membuat hantaran dengan mengakui dia sebenarnya takut untuk mendedahkan identiti artis tersebut.
Saya nak sangat dedah siapa lelaki itu, tapi saya takut”
Sebelum ini, nama penyanyi dan pelakon, Ismail Izzani telah dipetik oleh netizen namun ibu kepada penyanyi itu, iaitu Datin Suliza Salam telah menafikan dakwaan tersebut dan mempertahankan anaknya.
Tidaklah! Mana ada hamilkan anak orang. Yang menulis itu pun mungkin tidak betul.
Dalam pada itu, syarikat pengurusannya, World Peace Entertainment berkata mereka memandang serius perkara itu dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan kepada mana-mana pihak yang terus mengaitkan nama Ismail dengan hantaran itu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.