Susulan kenyataan Shukri, Sarah menerusi portal mStar Online memberitahu mesej perbualan beliau dan Shukri adalah benar dan beliau tidak menyunting foto berkenaan dengan tujuan tertentu. Malah, Sarah yang merupakan seorang model sambilan turut memuat naik beberapa lagi bukti di akaun Instagramnya.
Saya tiada apa-apa niat buruk selain mahu menghentikan gangguan dia. Sejak cerita ini heboh dia padam akaun Wechat peribadinya dan profile Instagram pun dia tukar. Kenapa dia nak takut kalau tidak bersalah, malah Instagram saya juga disekat dari akaunnya.
Dalam pada itu, Shukri sekali lagi menafikan kontroversi berkenaan dan enggan lagi terus melayan isu remeh tersebut. Shukri berharap isu ini tidak dipanjangkan lagi bagi menghormati bulan Ramadhan yang mulia ini.
Apa lagi yang dia nak? Tidak takutkah dia kalau saya ambil tindakan? Saya diam sebab malas nak panjang cerita kerana perlu menjaga reputasi diri dan maruah keluarga. Orang yang mengenali saya, tahu siapa saya. Jadi, kalau saya terus melayan, apa bezanya saya dengan dia?
Buat Shukri, apa yang dilakukan wanita tersebut seperti ingin membodohkan diri sendiri.