Wanita Daki Gunung Kinabalu Bersama Anak Berusia 3 Tahun Dikecam Kerana Tak ‘Kredit’ Malim Yang Membantu

Trending

Wanita Daki Gunung Kinabalu Bersama Anak Berusia 3 Tahun Dikecam Kerana Tak ‘Kredit’ Malim Yang Membantu

Kisah kejayaan Siti Aminah Borhan yang berjaya mendaki puncak Gunung Kinabalu sambil membawa anaknya yang berusia 3 tahun telah membuatkan ramai yang kagum padanya. Di dalam pendakian itu, dia turut dibantu oleh doktor dan malim sepanjang 19 jam pendakian.

Tetapi ada yang tidak berpuas hati selepas mendakwa beliau tidak memberikan ‘kredit’ kepada malim yang turut sama membantu pendakian itu. Namun, Siti menjelaskan dia tidak pernah memberitahu kejayaan ini adalah usahanya seorang diri sahaja.

Advertisement

Ada yang membantu

gunung kinabalu

Salam, ni penjelasan daripada saya. 1st trip saya ke Sabah ada untuk #adventureofsofia. Dan saya pun tak ada claim saya angkat sofia sorang-sorang sepanjang perjalanan naik ke Kinabalu, saya hanya ceritakan pengalaman saya bersama anak saya.

Saya juga ada letak gambar bersama malim tersebut di puncak gunung bersama Dr Muaz, saya, dan Sofia . Sejak benda ni viral, kebanyakan malim-malim dan sabahan (bukan semua ) agak marah bila saya tak letak nama malim tersebut.

Siapa angkat Sofia?

gunung kinabaluDari base camp ke Laban Rata 6km (saya dan Dr Muaz bergilir-gilir) Sofia pun berjalan sendiri tanpa bantuan malim, beg kami pun kami angkat sendiri, hujan pun kami redah sendiri. (Masa ni malim pun tak ada offer nak tolong atau sebagainya, hanya jadi peneman).

Dari Laban Rata, ke puncak (3km) malim tolong angkatkan tapi dengan bayaran. Kita tak boleh mintak tolong secara percuma. Tiada ucapan terima kasih? Sepanjang perjalanan, ke puncak kami tolong angkat bag pack malim John, saya tolong suluhkan jalan sebab gelap dan dia tak ada head lamp, kami juga layan dia dengan baik dengan memberi coklat, every 3 minit saya tanya dia “okay tak?”, offer dia air.

Ada bagi bayaran

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Amie Borhan (@sitiaminahborhan) on

Masa ni mission nak cepat sampai atas dan cepat sampai bawah, masa dari puncak nak turun ke Laban Rata (saya nak bawak Sofia sendiri turun, tapi dihalang sebab jalan bahaya). Dari Laban Rata ke bawah, kami bawa Sofia turun sendiri, bawa beg sendiri tanpa susahkan malim walaupun keadaan lutut kaki saya dah teruk masa tu. Dan kepada semua yang cakap saya tak kendong Sofia, jangan buat fitnah, sebab kamu tak ada sepanjang perjalanan.

Kepada malim, saya ada personal whatsapp, dan bagi sedikit bayaran juga tanda terima kasih. Gambar dia pun ada letak, takkan nak letak banyak-banyak? Sebab ni Facebook/instagram saya mestilah saya letak gambar saya? Sabah tu cantik, saya percaya orangnya pun baik.

gunung kinabalu

Pada 28 Januari lalu, Siti Aminah memulakan misi pendakian Gunung Kinabalu selama 19 jam bersama anaknya yang berusia 3 tahun. Kisah kejayaannya itu telah memberikan inspirasi kepada kaum ibu di luar sana yang rata-rata kagum dengan semangat ditunjukkan wanita ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...