Seorang ibu yang mempunyai tiga orang anak sanggup datang dari Jengka, Pahang untuk berjumpa dengan kekasih gelapnya berusia 30 tahun di Kulim, Kedah.
Menurut laporan, wanita berusia 33 tahun itu masih berstatus isteri orang dan telah dicekup berkhalwat dengan teman lelakinya itu di sebuah hotel bajet di Lunas, 3.40 pagi semalam.
Bercerita lebih lanjut, wanita itu mendakwa mengenali kekasihnya yang masih bujang selepas diperkenalkan oleh sepupu kira-kira tujuh tahun lepas.
Namun, hubungan mereka terputus selepas wanita berkenaan mendirikan rumah tangga tetapi cinta mereka terpaut kembali baru-baru ini selepas sepupunya memberikan nombor telefon lelaki terbabit.
Pegawai Penguatkuasa Agama Daerah Kulim, Anwar Sharifuddin Mat Saad berkata suami wanita itu berusia 30-an telah datang bersama ahli keluarganya selepas berjaya kesan keberadaan isterinya di hotel bajet tersebut.
Suaminya kemudian menghubungi penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK) sebelum wanita itu dan kekasihnya dicekup.
Ketika ditangkap, wanita terbabit memberi alasan mempunyai masalah dengan suami dan sudah lama tidak bertemu teman lelakinya itu.
Ketika serbuan, lelaki itu hanya memakai seluar denim tanpa baju, manakala wanita itu berpakaian lengkap tanpa tudung. Mereka gagal menunjukkan sebarang dokumen mempunyai hubungan suami isteri atau mahram menyebabkan mereka ditahan kerana disyaki berkhalwat.
Tambah Anwar, kes itu disiasat mengikut Seksyen 25 (a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah (EKJSK) 2014 kerana disyaki berkhalwat.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.