Polis menahan seorang pembantu rumah selepas didakwa melarikan bayi majikannya berusia 10 bulan yang merupakan anggota Tentera Nasional Indonesia (TNI) Kodam Jaya.
Memetik laporan Kompas.com, suspek wanita itu melarikan bayi pada Jumaat lalu dan dua jam selepas itu, dia berjaya diberkas polis di rumahnya di Kampung Agung Kedokan.
Menurut Ketua Polis Indramayu, Hafidh S Herlambang, pihaknya tidak menemukan bayi itu semasa mengunjungi rumah suspek.
“Ketika disoal siasat, bayi itu ditinggalkan di rumah ibu saudaranya di Kampung Kaplongan Lor. Selepas menerima maklumat itu, anggota TNI sambil ditemani ahli keluarganya bergegas mendapatkan bayi mereka”.
Tambahnya, pihak polis masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti motif penculikan itu. Wanita itu juga akan menjalani pemeriksaan mental untuk mengenal pasti motif penculikan.
Difahamkan, wanita itu sudah mempunyai dua anak namun salah seorang daripadanya meningggal dunia.