Wanita China Sembur Mesin ATM Dengan Air Kencing Kerana Marah Dengan Bank

Trending

Wanita China Sembur Mesin ATM Dengan Air Kencing Kerana Marah Dengan Bank

Seorang wanita dari wilayah Zhejiang, China telah ditahan kerana memasuki satu kiosk ATM dan menyembur air kencing pada mesin ATM. Dia berbuat demikian kerana marah bank itu menolak untuk memproses transaksi pemindahan wang untuk dirinya, lapor media China.

screen-shot-2014-08-20-at-11-43-56-am

Advertisement

Perbuatannya itu dirakam oleh kamera litar tertutup. Wanita itu yang dinamakan Wen, muncul di bank itu pada pukul 4.20 pagi. Sembilan minit kemudian dia kembali dan dilihat membuka pintu ke ATM dan menyembur mesin-mesin di situ dengan sejenis cecair. Cecair itu kemudiannya dikenal pasti sebagai air kencing.

Wen dikatakan mengisi air kencing dalam satu bekas dan menyembur. Pihak bank yang menyedari perkara itu terus melaporkan kepada polis dan Wen ditahan pada malam itu juga.

Walaupun tindakan Wen agak keterlaluan, kami agak kasihan kepadanya kerana bank enggan memproses transaksinya akibat Wen buta huruf dan telah meminta pihak ketiga mengisi borang untuknya. Bagi pihak bank pula, mereka boleh dikenakan tindakan undang-undang sekiranya menerima permohonan yang diisi oleh pihak selain dari pemegang akaun.

Tiada pihak yang menang dalam kes ini.

Video/cakupan skrin: YouTube – China lian via Zaeega

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...