Wanita Cerita Pengalaman Pakai Kanta Lekap Untuk Cantik, Nyaris Buta

Trending

Wanita Cerita Pengalaman Pakai Kanta Lekap Untuk Cantik, Nyaris Buta

Pada zaman sekarang, pemakaian kanta lekap berwarna-warni seakan satu norma bagi kaum wanita untuk mencantikkan penampilan mereka. Kanta lekap mengubah warna mata dan menjadikannya tampak lebih besar dan comel seperti mata karakter anime Jepun.

lensan
Dari selebriti, pengantin sehingga suri rumah mengenakan kanta lekap. Jarang melihat pengantin yang tidak memakai kanta lekap di hari perkahwinan dewasa ini. Bagaimanapun, apakah risikonya?


Seorang pengguna Facebook juga pengasas produk kecantikan Cinnamon Beauty, Nia Hazwan, memberitahu yang dia hampir menjadi buta kerana menggunakan kanta lekap akibat terkena jangkitan. Pasti ada yang menyangkakan Nia tidak menjaga kebersihan kanta lekap menyebabkan itu terjadi. Salah! Baca penerangan Nia untuk manfaat anda:

Advertisement

18.12.2016

Bangun subuh mata pedih sangat-sangat dan tak nampak apa-apa langsung. Air mata keluar mencurah-curah macam menangis padahal belum menangis lagi. Cuma hairan kenapa mata tak bole buka dan bila paksa buka tak nampak apa-apa bayang dan paling tak tahan bila cuba bangun kepala sakit sangat-sangat.
Dalam hati asyik kata (aku nak butakah?)

Gagah pergi toilet, jalan sampai terlanggar macam-macam. Cuci-cuci muka banyak kali, sakit tak kurang-kurang, lagi bertambah pedih mata. Masa ni baru betul-betul menangis. Sebab memang rasa macam orang buta pagi tu .

Kejut suami, beritahu dekat dia mata tak nampak dan sakit sangat-sangat macam orang duk cucuk-cucuk biji mata dalam tu. Dia ingatkan Kak Nia main-main sakit. Dia suruh buka mata, memang tak boleh dah sakit sangat-sangat. Masa tu takut hanya Allah saja yang tahu, kalau aku betul-betul buta, apa nak jadi lepas ini?

Pergi klinik buat pemeriksaan, nasib baik orang tak ramai. Kak Nia kena pegang tuala sebab air mata keluar tak henti, lepas itu muka kena tutup ngan tuala sebab nampak cahaya memang sakit dan tangkap sampai ke kepala. Masa tu tak pakai cermin mata lagi, sebab tak tahu apa punca tiba-tiba, kan?

Masuk bilik doktor, ayat pertama dia tanya ‘awak pakai kanta lekap tak sebelum-sebelum ini’? Suami Kak Nia pun jawab.

Memang pakai selalu. Semalam akhir pakai pergi kenduri. Pagi ini bangun-bangun mata dia jadi macam ini. Kak Nia pertahan lagi

“selama ni saya pakai takda apa-apa doktor, saya cuci bersih-bersih baru saya pakai, dan semua kanta lekap saya tak pernah pakai dua kali, saya beli pakai sekali dan buang. Esok pakai yang baru. ”

Doktor bagi jawapan yang Kak Nia akan ingat smpai bila-bila.

Doktor : Sebenarnya kesan kanta lekap ni memang jangka masa panjang, ada yang pakai sekali dah dapat jangkitan, ada yang dah pakai bertahun baru nak kena jangkitan. Tak sama.

Cuma saya nak pesan, lepas ini kalau nak pakai juga kanta lekap better beli dari kedai cermin mata. Itu pun tiada jaminan doktor sebenarnya. Yang beli dari online yang harga murah-murah lagi tak ada jaminan doktor.

Kesan jangka masa panjang. Cik beruntung sebab ni kes tak teruk dan cepat-cepat datang klinik. Kalau lambat saya rasa mungkin cik akan buta kekal. Tak kisah sama ada jaga elok-elok, bersih-bersih dan tak pakai berulang ye ,cik.

Benda ni memang bahaya. Apa-apa yang melibatkan mata harap cik lebih berhati-hati lepas ni. Mata kita Allah bagi dua biji ni je cik. Kalau rosak ke, tak boleh guna ke, susah nak cari penderma, cik.
Bukan saya nak takutkan cik. Tapi ini kenyataan.

Sebelum ni pun ramai dah yang dapat jangkitan macam ini. Cuma ada yang teruk dan ada yang tak teruk.

(Damn! Rasa nak luruh jantung saat ni) dalam hati asyik bersyukur aku tak buta.

Doktor bagi macam-macam ubat, alahan, antibiotik, ubat titik, ubat gatal, ubat tahan sakit. Sehari kena telan macam-macam ubat tu buat aku insaf, aku tak mau dah pakai kanta lekap lepas ini. Last dalam pic tu aku pakai. Cukup la.

Takmau dah. Allah sayang aku lagi dia belum tarik nikmat penglihatan ni. Syukur
Kak Nia tahu sekejap lagi peniaga-peniaga kanta lekap akan kecam Kak Nia konon tak jaga elok kanta lekap, tak cuci bersih kanta lekap or pakai terlalu lama kanta lekap.

Kamu semua silap, Kak Nia jenis jaga dan ada mesin cuci kanta lekap lagi. Kanta lekap yang dah bukak pakai sekali saja. Pakai keluar, balik buang.

Tak pernah simpan. Esok nak pakai bukak lagi yang baru. Cuci dalam mesin baru pakai. Pakai pun guna alat bukan pakai jari.

Kalau hari ini uols tak kena mungkin esok/lusa @bulan depan @tahun depan. Kita tak tahu.

Sayangilah mata kita. Tak ada ganti. Sekarang Kak Nia tak pakai , kerana mata belah kiri saja rabun kekal / kanan kabur.

Padahal sebelum ni tak pernah pun pakai cermin mata. Mata sihat walafiat. Sebab silap sendiri yang ikut nafsu nak melawa terpaksa terima hakikat ni.

Sedih sangat. Sampai hari ini still belum ok lagi. Baru 60%. Tak boleh tengok cahaya secara langsung, kena pakai cermin mata hitam sepanjang masa.

Tengok skrin fon / laptop / tv lama-lama kepala pening..ni memang kesan yang terpaksa terima akibat kebodohan diri sendiri.

Niat Kak Nia share ni sebab nak bagi kesedaran dekat anda semua. Jangan sampai jadi macam Kak Nia. Menyesal tak sudah sekarang.

Kalau anda semua tetap nak jual/pakai Kak Nia tak kisah, sebab Kak Nia pun pernah nak buat kanta lekap jenama sendiri.

Nasib Allah belum makbulkan impian tu. Allah dah bagi sedar sekarang. Betapa pentingnya mata itu pada kita, betapa kita perlu bersyukur Allah kurniakan sepasang mata hitam yang cantik. Bersyukur!

Syukur Alhamdulillah. Itu saja Kak Nia boleh share. Harap bermanfaat pada anda semua. Ok taip panjang-panjang ni tah berapa kali berhenti sebenarnya, sebab sakit kepala tengok skrin lama-lama. Tapi gagah sambung-sambung tulis sampai siap.

Gambar bawah ni akhir pakai kanta lekap 17.12.2016

15578726_1506540166042079_3578224341651747914_nNyaris buta 18.12.2016 & Recovery 60% 21.12.2016

15541097_1506540539375375_2909776226452738799_o

Esok lusa kena pergi buat cermin mata rabun, dah.

Cerita Nia ini ada asasnya. Kita fikir kita sudah menjaga kebersihan kanta dengan sebaiknya, namun dalam kes di atas, jangkitan tetap berlaku. Kanta lekap kini sudah jadi aksesori wajib wanita untuk bergaya, dan kini pelajar sekolah 12 tahun pun dilihat memakainya.

Bagaimanapun, pengalaman Nia ini boleh menjadi satu pengajaran untuk kita semua supaya lebih berhati-hati. Tak pakai kanta lekap pun cantik juga, kan?-amazingnara.com

Sumber: Nia Hazwan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...