Wanita Cerita Pengalaman Ditipu Oleh Pembekal Khidmat Trak Tunda LPT2 Bernama Zul

Trending

Wanita Cerita Pengalaman Ditipu Oleh Pembekal Khidmat Trak Tunda LPT2 Bernama Zul

Seorang wanita bernama Noru Akmal di Facebook telah mengongsikan pengalamannya berurusan dengan pembekal khidmat trak tunda Lebuhraya Pantai Timur Fasa II (LPT2) bernama Zul.

Tujuan saya naikkan status ini bukan untuk menutup periuk nasi sesiapa, cuma sebagai peringatan buat mereka yang menggunakan LPT2.

Hari-hati dengan khidmat trak tunda yang disediakan oleh pihak LPT. Kejadian ini berlaku akhir bulan April 2015, suami saya dalam perjalanan ke Terengganu ke Seremban, kemudian kereta rosak di lebuhraya Perasing. PLUS memberi nombor pembekal khidmat trak tunda iaitu lelaki yang berbaju hijau dalam gambar.

11800397_1158664057482746_3866861793368199250_n

Kereta ditunda sampai ke Bukit Goh, ke bengkel lelaki ini. Dia memberitahu suami saya bahawa kotak gear (gearbox) kereta suami sudah rosak. Jadi suami tinggalkan kereta dan minta dia baiki kerana suami perlu bergegas ke Pantai Timur. Beberapa hari sebelum penerbangan suami, lelaki bernama Zul ini menelefon memberitahu bahawa kereta mengalami kemalangan sewaktu dia mengujinya.

Suami saya tak mahu susahkan Zul, jadi memberikan nota untuk perlindungan insurans.

11755307_1158663940816091_9024847068218222380_n

Disebabkan suami saya perlu bekerja, saya sebagai isteri pegang tanggungjawab uruskan kereta yang dibaiki di bengkel. Hampir tiga bulan dibaiki, kereta masih belum siap. Jika ditelefon, Zul akan marah, mengatakan dia bukan menjaga kereta saya saja. Jadi saya sabar lagi.

Saya nak minta ambil kereta susah sangat, macam saya nak minta kereta dia. Asalnya dia beritahu suami saya harga baiki kereta ialah RM 1,800, kemudian dia minta dengan saya RM 4,200.

Saya rasa saya telah ditipu. Walaupun bukan ditipu berbilion, namun saya rasa orang seperti ini perlu dikenakan tindakan. Sebelum ambil kereta, saya telah membuat satu laporan polis. Saya ditemani dua orang anggota polis semasa mengambil kereta.

Tetapi malangnya, Zul berjanji pukul 11.00 pagi, sampai pukul 7.00 malam baru dapat kereta. Itu pun dia tinggalkan kereta saya di woksyop orang lain. Keadaan kereta sangat menyedihkan, dan sebenarnya dia tak baiki pun. Semasa menunggu kereta, saya sedar kami diperhatikan oleh gengster.

Sampai sekarang kereta saya belum siap, tapi lega sebab sudah dihantar ke pemilik woksyop lain yang dikenali. Mekanik yang membaiki kereta saya beritahu kotak gear asal tak rosak langsung, cuma bocor sedikit. Tetapi Zul telah mengambil kesemua barang dalam kotak gear tersebut.

Jadi buat yang gunakan LPT2, hati-hati. Saya bukan mangsa yang pertama, tetapi apa tindakan pihak berkuasa Bukit Goh?

Lagu empat gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Jom saksikan Bangsawan 'Nila Kesuma' pada14-16 Ogos 2015 di Auditorium DBKL, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. Maklumat…

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Wednesday, 29 July 2015

Advertisement

11796407_1158663877482764_6197363969378923841_n

11800588_1158664144149404_1777574853368813100_n

11825005_1158664007482751_3022591630248674104_n

11828827_1158663974149421_1957567259793619356_n

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...