Wanita Cerita Pengalaman Diperangkap Seorang ‘Ibu Tunggal’ Mahu Khidmat Solekan, Rupanya Lelaki!

Trending

Wanita Cerita Pengalaman Diperangkap Seorang ‘Ibu Tunggal’ Mahu Khidmat Solekan, Rupanya Lelaki!

Seorang artis solekan (MUA) bernama Azah Jamil memberitahu hampir dijerat seorang lelaki menyamar ibu tunggal, kononnya ingin disolek.
Untitled-1

Apa yang menarik, ‘ibu tunggal’ ini meminta disolek pada pukul 6.00 pagi di lokasi yang berubah-ubah, akhirnya ibu tunggal tersebut minta disolek di tangga sebuah kondominium yang sunyi. Azah telah bercerita tentang peristiwa itu di akaun Facebooknya.

Advertisement

Ikuti tulisan Azah Jamil:

BAHAYA DI MANA-MANA!

Hari ni nak bercerita panjang sikit boleh tak? Niat bercerita ni sebab nak kongsi supaya kita semua sama-sama ambil iktibar dari kejadian yang terjadi dekat saya tadi.

Ceritanya begini. Kalau rujuk dekat gambar-gambar screenshot WhatsApp tu, ada nombor yang tak dikenali, teks, dan panggilan mula dari hampir 2.00 pagi, dan panggil telefon bukan sekali, tapi berkali-kali.

Jadi masa pukul 5.00 pagi tu memang masa mata selalu terjaga dari tidur pagi, saya pun angkat panggilan, bila bagi salam tak berjawab, kemudian dia terus letak telefon. Masa itulah mesej-mesej itu bermula dengan si polan ni, ha.

Kalau nak cerita panjang, jadi awak semua kalau nak tau kena baca screenshot tu. Diringkaskan cerita, saya terima panggilan dari orang tak dikenali, nak guna perkhidmatan makeup saya pada 6.30 AM dekat Suasana Lumayan Condo.

Lepas tu tiba-tiba cakap kalau pukul 6.00 pagi pun ok, mungkin ke sebab lebih awal pagi waktu sunyi lebih senang nak buat kerja? DAN dalam perjalanan ke sana, sempat dia mesej beritahu dia ibu tunggal.

Bila dah sampai kat alamat yang dia bagi mula-mula tu, Blok B, sampai betul-betul depan rumah, saya dia cakap dah sampai, tiba-tiba dia kata blok lain plak. Suruh saya pergi Blok C, tingkat 9. Bila dah sampai Blok C tingkat 9, dia mesej saya, suruh masuk dekat pintu yang behampiran lif, pintu exit door, pintu keluar.

Sejujurnya, masa sampai tingkat 9 tu pun dah rasa tak sedap hati. Inikan pula disuruhnya masuk dekat pintu yang ada tanda KELUAR dekat atas pintu yang menghala ke tangga.

DAN tempat itu macam baru lagi dibina, jadi agak senyap, malah sangat sunyi masa sampai tingkat 9 tu. Rasa mungkin belum penuh dengan penyewa lagi.

Hati dah mula rasa  tak sedap, cepat-cepat tekan lif dan terus turun bawah. Nasiblah ada pegawai keselamatan dekat bawah di setiap blok.

DAN bila sampai kat bawah dia teks lagi tanya mana, saya cakap saya dah kat bawah sebab dah mula rasa tak sedap hati, dia suruh juga saya naik balik, kali ni dia cakap dia tunggu depan lif.

Memang taklah, saya suruh dia turun bawah, tapi dia tak nak, jadi akhirnya saya cakap, saya nak balik sebab saya rasa ini booking yang tak serius. Lepas itu dia pun terus senyap.

Jadi saya pun baliklah dengan hati yang sakit, yang kecewa tapi dalam masa yang sama, masih ada rasa tertanya-tanya plus lega sebab tak buka pintu KELUAR tingkat 9 tu dan terus turun.

Balik tu cerita dengan kakak, dapat pula kakak yang sangat melindungi, kakak minta nombor dan cuba telefon nombor ini yang saya tidak telefon sebelum ini, sebab telefon saya memanjang tak ada kredit.

Dan awak tahu tak? Masa telefon tu kakak cakap yang jawab tu LELAKI!!!!! Lelaki itu pun, batalkan panggilan dan sekat nombor kakak saya.

Masa tu perasaan ni Allah saja tau, tak pernah sangka pun ada orang yang ada niat jahat macam ni cara dia gunakan. Bayangkan lah, kalau saya betul-betul buka pintu KELUAR tu tadi, mungkin jadi mangsa orang buat perkara tak elok.

Macam-macam kesimpulan saya buat lepas tu, kalau dia setakat nak kena kan saya, saat saya jalan jauh dah sampai sana pun, dia dah boleh berhenti teks saya. Tetapi lelaki ini memang masih cuba mesej lagi dan desak saya untuk pergi ke pintu keluar tangga.

Allah sajalah tahu apa jadi kalau saya ikut cakap dia, apa pelan jahat yang dah dirancang, yang ada di sebalik pintu itu. Alhamdulillah, Allah lindungi saya dari perkara-perkara tak elok tu.

Jadi point dia yang saya nak highlight dekat sini:

  1. Telefon banyak kali, dari pukul 2.00pagi sampai ke 5.00 pagi

  2. Mula kata pkul 6.30 pagi pastu minta awal pukul 6.00 pagi.

  3. Dia tanya saya datang dengan siapa dan saya cakap saya seorang

  4. Dia kata dia ibu tunggal tapi yang jawab panggilan tu tadi lelaki.

  5. Tiba-tiba tukar blok, tapi tak nak bagi nombor unit dan suruh saya masuk pintu sebelah lif.

  6. Kata anak masih kecil, tapi boleh pula ditinggalkan dan suruh make-up dekat tangga.

  7. Sepanjang perjalanan dan masa saya nak ke sana, dia kerap tanya “sis kat mana”

Kesimpulanya, kita yang perempuan ni tolong jadi lebih berhati-hati. Terutamanya yang jenis-jenis kerja sendiri, lone ranger macam saya ni, tak ada partner, memang selama ni acah-acah berdikari, semua nak buat sendiri. Ni lah antara risiko yang kita akan hadapi.

Jadilah paranoid sedikit, tak apa, untuk kebaikan awak sendiri juga. Lepas ni kalau last minute booking macam ni, pastikan macam mana pun minta deposit. Atau telefon, sekurang-kurangnya dengar suara. Kalau betul dia perlukan servis kita, memang dia akan panggil telefon kita.

Jangan main terjah terus. Itu jenis saya tadi fikir panjang, tak melulu buka pintu, buat lah terkena kat adik-adik yang baru nak mula buat kerja ni, jenis tak fikir panjang, rasa dah ikut dah cakap orang tu.

Jadi tolonglah, semua MUA, yang bergerak sendiri, yang buat kerja sendiri-sendiri, terutamanya wanita, tolonglah jadi lebih berhati-hati, ambil langkah-langkah keselamatan sebelum terima tugasan solek atau inai.

Akhir kata, kalau mamat itu sedang baca pos ini, sebab saya pasti dia dapat tahu nombor saya dan dapat tahu aktiviti saya pun dari media sosial, harap maklum yang saya telah buat laporan polis.

Ingat-ingat sedikit nombor telefon bimbit awak tu dah ada dalam rekod polis, jadi jangan cuba nak cari mangsa baru pula!

Stay safe, girls!

Azah turut menyertakan salinan laporan polis dan screenshot perbualannya dengan lelaki itu.

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

Apakah ini taktik terbaru penyamun/perogol untuk menjerat mangsanya? Apa pun, pastikan anda berhati-hati jika menerima booking tugasan yang mencurigakan.

Zaman sekarang ini penjenayah memang kreatif memikirkan cara menjerat mangsa. Orang hendak cari rezeki pun diganggunya. Terdesak, mungkin. Apa pendapat anda?-amazingnara.com

Sumber: Azah Jamil

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

4 Comments

  1. siti

    May 17, 2017 at 8:33 am

    aku lelaki ni sesuatu je… kata MUA mstilah ada gambar makeup gitu,
    tp ayat aku lelaki ni mmg sesuatu sgt, mmg kurang ajaq…. dia sorang kot lelaki yg jns bahasa gitu
    zmn skrg ni mcm2 gaya n cara org nk buat jahat kan…

  2. Jasmin Jamil

    May 16, 2017 at 4:52 pm

    AKU LELAKI! Kau ker yang call?

  3. Jasmin Jamil

    May 16, 2017 at 4:48 pm

    berahi tang mana brother? dia make up sebab dia MAKEUP ARTIST and family advise her to do so, apa sendat2, ayat tak der lagi cantik ker? BADAN KAU SIX PACK ABIS,??? BRAD PITT malaysia ker? HUMAN BODY PYSHICAL LU JANGAN SENTUH!!!!! Jadi bahan lancap sebab they dont have religion and their brains dont work well like normal ppl do, you damn arse. Kalo ada didikan agama dengan didikan parents bagi takkan jadi mcam tue, nie sikit2 SALAHKAN COST OF LIVING , jap ekh brother, REZEKI SAPA PEGANG? economy ke pegang rezeki ????? Wah kau pula nk tentukan orang nak pakai apa??? aku bagi bank account aku, kau bank in lar,aku shopping baju2 yang kau rasa sesuai. KAU PUN HATI2 TAW, jaga mak kau,adik perempuan kau,kakak kau,semua keterunan perempuan KAU,KAU jaga..kowt2 kene mcam adik aku ker..
    MAK AKU AJAR LAR KAN NAWAITU (NIAT) TUE PENTING,KALO LU NAK NASIHAT DAN X RETI GUNAKAN BAHASA YANG SOPAN. buka buku balik dik.
    SEKIAN,
    KAKAK AZAH JAMIL

  4. aku laki

    May 16, 2017 at 10:51 am

    post lg gmbr berahi ko tuh….pkai tuudng tp mekap cam hantu..pkai tudung tp pkai bj sendat mendat…dh laa sendat pastu posing nk tunjukkan bahagian tertentu….kan dh jd bhn lancap jantan gersang…agaknye jantan tu x thn asik lancap je tu y nk rs bdn montel ko tuh…kkdg aku x fhm tukang makeup ni…klu yee pn ko nk promote,nk buat bisnes tp tlg laaa jg maruah ko tuh…x perlu nk post gmbr y blh merangsangkan nafsu jantan gersang…jgn nk bg zakar jantan canak weii…klu dh kne rogol jgn slhkan laki slhkn dri sndri y ske tayang sume bnde kat media sosial…zmn skrg ni kos hdp tggi wei..rmai org kat luar sne x mampu nk kawen tp nafsu cam kuda…so,hati2 yeee….

Loading...