Wanita Cerita Pengalaman Ajak Instafamous Bergambar, Ditolak Kerana ‘Takut Orang Tahu Siapa Saya’

Trending

Wanita Cerita Pengalaman Ajak Instafamous Bergambar, Ditolak Kerana ‘Takut Orang Tahu Siapa Saya’

Sekiranya anda sering mengikuti perkembangan di media sosial terutamanya Instagram, mungkin pernah mendengar atau terlihat gambar Asyallie, yang pernah popular satu ketika dulu dengan video ‘Macam Cantik je, Macam Comel Je’, pada masa itu dikenali sebagai Shasha Solero. Asyallie kini mempunyai lebih kurang 878,000 orang pengikut di Instagram yang kebanyakannya kerana Asyallie berbakat dalam bidang solekan dan sering memberikan tutorial solekan di YouTube dan Instagram.

asyallieanTerbaru, pengasas produk kecantikan Mawar Ismail melalui akaun Facebooknya memberitahu yang dia terserempak dengan Asyallie di Festival Mood Republik yang berlangsung 23-25 Disember lepas di Dewan PWTC. Disebabkan adik perempuannya meminati Asyallie, Mawar telah menggunakan peluang untuk meminta Asyallie bergambar bagi dihantar kepada adiknya itu. Bagaimanapun, Mawar tidak menduga permintaannya ditolak oleh Asyallie dengan alasan ‘takut diserbu’.

Advertisement



Cerita Mawar:

Terserempak Asyallie dengan tunang dia. Minta dia berselfie bersama kerana adik saya Tom Ho Ichema minat sangat kat dia. Dia kata ‘no’. Malu oi, artis pun tak sombong. Even Rossa pun tak kisah selfie dengan orang ramai. Ok dah boleh ketik butang ‘unfollow’. Patut pun tengok orang kata dia sombong. Sungguh rupanya.

Saya sedang berjalan dengan suami (di PWTC), ternampak dia sedang memilih pakaian. Saya beritahu suami saya, adik saya Nana suka sangat dengan Asyallie ni. Saya tunggu dia habis pilih pakaian dan beri pakaian tu kepada tunang dia. Sementara dia tunggu tunang dia bayar harga pakaian itu, saya hidupkan telefon dan datang pada dia, dan tanya dengan sopan:

“Hai Asya, boleh kita ambil gambar bersama?”

Dia mula tarik muka dan tersenyum paksa pada saya sambil buat gaya tangan mohon ampun dan kata:

“Maaf, nanti semua orang tahu siapa saya.”

Dia takut orang lain datang minta selfie dengan dia juga. Saya rasa sangat malu, beredar dari situ dengan pantas. Saya tak dapat berdepan dengan suami saya, rasa macam nak menangis.

Screen Shot 2016-12-29 at 8.44.20 AM

Kemudian, seseorang telah menghantar mesej terus kepada Asyallie memberitahunya mengenai status yang ditulis oleh Mawar. Asyallie kemudiannya membuat satu status di Instagram membalas kenyataan Mawar, bagaimanapun versi kejadian Asyallie berbeza dengan Mawar. Asyallie mendakwa dia sedang ‘rushing’ pada waktu itu dan kesal kerana Mawar sentap hanya kerana dia menolak bergambar dalam keadaan dia tergesa-gesa.

15731019_1313702661995366_1755661790_n

Bagaimanapun, status yang ditulis Asyallie mendapat kecaman kerana dia didakwa ‘cari pasal’ dengan Mawar yang juga salah seorang peniaga di Mood Republik dan sudah dua tahun menyertai festival itu berbanding Asyallie yang bari menyertai tahun ini. Mawar pula, bagaimanapun membalas di akaun Facebooknya yang cerita Asyallie ialah palsu.

Terima kasih, siapa pun yang telah mesej dia. Saya bersyukur nota saya sampai kepadanya, tetapi pusing cerita tu sangat palsu, sayang.

Tolong jadi matang. Bila orang lain mengecam awak, awak reka cerita untuk minta simpati. Awak tahu apa yang awak dah katakan pada saya. Awak patut fikir sebelum darah bongkak awak naik.

Senang awak cakap ‘takkan tak dapat selfie je nak marah’, tapi mimik muka dan ayat awak yang buat orang terkejut, bukan marah.

Terkejut sebab awak bukan seperti yang awak gambarkan.

Tolong mesej dia nota saya ini. Saya akan padam mesej ini esok, saya cuma perlu aura positif dalam FB.

Screen Shot 2016-12-29 at 8.43.54 AM

Seterusnya, Mawar telah menulis satu lagi status mengenai fitnah.
Screen Shot 2016-12-29 at 8.44.07 AM

Asyallie bagaimanapun dikatakan bertindak memadam status di Instagramnya mengenai perkara itu apabila semakin ramai memberi komen yang Asyallie sememangnya pernah menolak untuk bergambar dengan pengikutnya walaupun bukan dalam keadaaan ‘rushing’. Dia juga dikatakan menyekat komen-komen di akaun Instagramnya.

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12

13

14

15

16

17

Apa sebenarnya boleh dipelajari dari kisah ini? Penulis menyimpulkan dua perkara: jangan menghakimi buku dari kulit muka depan. Dan ‘tak tumbuh tak melata. Tak sungguh, orang tak kata’.

Apa salahnya humble sedikit, dik. Walau mungkin kamu tak bersedia dengan populariti sekelip mata, mereka juga yang menyokong kamu selama ini. Sikap humble dan ramah itulah yang lebih baik untuk perniagaan sebenarnya. Reward selfie setelah membeli hanya sesuatu yang ‘jangka pendek’ sahaja.

Sekiranya kamu ramah tamah dengan orang, cerita dari mulut ke mulut mengenai sikap mesra kamu akan membawa kamu keuntungan jangka panjang bukan saja dari segi perniagaan, malah hubungan sesama manusia. Tetapi jika kamu tidak mahu, tak boleh buat apa-apa juga, bukan?-amazingnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...