Wanita Bun*h Perogol Anak Tapi Penduduk Kampung Tak Setuju & Pergi Belasahnya Beramai-Ramai

Hiburan

Wanita Bun*h Perogol Anak Tapi Penduduk Kampung Tak Setuju & Pergi Belasahnya Beramai-Ramai

Seorang ibu berusia 35 tahun cedera parah selepas teruk dibelasah oleh penduduk kampung yang turut membakar rumah keluarganya.

Difahamkan, wanita tersebut telah bertindak membunuh remaja lelaki yang merogol anak perempuannya berusia tiga tahun.

Advertisement

Bagaimanapun, tindakan wanita itu tidak disukai oleh penduduk kampung yang mengamuk beramai-ramai dan terus membakar rumah tersebut tanpa berfikir panjang.

Menurut kronologi kejadian yang berlaku di Kapsabet, Kenya itu, remaja lelaki yang dibunuh tersebut pernah merogol anaknya ketika kanak-kanak terbabit berusia 2 tahun.

Meskipun begitu, pihak mahkamah tempatan membebaskan remaja itu kerana didapati mempunyai masalah mental tetapi setahun kemudian dia sekali lagi merogol kanak-kanak yang sama.

Insiden tersebut membuatkan si ibu berang dan bertindak untuk menghukum remaja berusia 13 tahun itu sendiri dengan membunuhnya.

rumah terbakar

Berdasarkan laporan, si ibu telah menghubungi pihak polis meminta untuk diselamatkan daripada penduduk yang marah dan menyerangnya.

Wanita itu berjaya diselamatkan meskipun beberapa anggota polis turut cedera dalam pergelutan (dengan penduduk) itu. Wanita terbabit yang kritikal telah dibawa ke hospital untuk rawatan bersama dengan anak perempuannya.”

Menurut Ketua Polis, David Anyir, penduduk yang mengamuk itu turut menyerang anggota polis serta memecahkan cermin hadapan van polis yang tiba di lokasi.

Salah seorang saksi, Japhet Lagat mendakwa ternampak ibu berkenaan mengelar leher remaja tersebut menggunakan parang.

Tambahnya, wanita itu kini merupakan suspek pembunuhan dan akan didakwa di mahkamah untuk tindakan undang-undang selepas keadaannya kembali pulih.

Anak perempuannya pula kini dirawat kerana mengalami koyak di bahagian kemaluannya akibat dirogol remaja terbabit.

Rogol
10 months ago

“Sebagai Ayah, Kamu Sepatutnya Jadi Wira Keluarga” - Hakim Menangis Baca Fakta Kes Bapa Rogol Anak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...