“Wanita Bukan Objek!” – Amelia Henderson Tak Pandang Harta Benda, ‘Millionaire’ Pun Belum Tentu Berpeluang

Hiburan

“Wanita Bukan Objek!” – Amelia Henderson Tak Pandang Harta Benda, ‘Millionaire’ Pun Belum Tentu Berpeluang

Pelakon jelita, Amelia Henderson telah mencuri perhatian peminat apabila dia tampil memberikan respon kepada usikan netizen yang cuba-cuba untuk melamarnya sebagai seorang isteri di TikTok.

Komen itu ditinggalkan seorang lelaki yang menulis “kalau millionaire ni aku dah masuk meminang dah ni” di video yang dimuat naik aktres itu.

Advertisement

Pelakon drama Kisah Cinta Kita itu kemudiannya membalas komen tersebut dengan ‘savage’ sekali, bak kata netizen.

Kalau millionaire sekali pun, tak semestinya ada peluang ya.

Berhubung dengan komen tersebut, ia kemudiannya menjadi tular di Twitter sekaligus mengundang rasa kurang senang Amelia.

Kata Amelia, wanita bukanlah sebuah bahan objek yang boleh dijual beli dengan wang ringgit.

Terdahulu, Amelia dikatakan telah berpisah dengan pelakon Aedy Ashraf setelah hubungan mesranya menemui titik noktah setelah aktres itu ada memuat naik status berbaur patah hati.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

2 years ago

"Buat Baik Pun Tersakiti" - Amelia Henderson Bagi 'Hint' Dah Berpisah Dengan Aedy Ashraf?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...