Wanita Bukan Islam Kongsi Pengalaman Dimarah Makan Pada Ramadan, Netizen Curiga

Trending

Wanita Bukan Islam Kongsi Pengalaman Dimarah Makan Pada Ramadan, Netizen Curiga

Seorang wanita bukan Islam telah berkongsi pengalamannya dimarahi oleh seorang penunggang motosikal Muslim kerana makan dalam kereta di bulan puasa.
IMG_20160618_054510

Wanita itu mendakwa berada di dalam kereta sewaktu tersekat dalam kesesakan trafik pada waktu pagi dan telah minum Milo dan makan biskut untuk bersarapan.

Advertisement


Tulis wanita itu:

Saya tersekat dalam kesesakan trafik awal hari ini dan saya bersarapan dalam kereta. Hanya setin milo dan beberapa keping biskut coklat cip. Jadi semasa sedang makan, saya dengar cermin kereta saya diketuk. Seorang penunggang motorsikal telah menengking saya, “orang puasa la, babi!”, dan dia meneruskan berkata, “tak faham bahasa ke, pekak. India keling balik India la!”

Jadi setelah segala layanan buruk yang kita dapat, macamlah tak cukup lagi, saya tak sangka dilayan sebegini pula. Nak makan biskut dalam kereta pun tak boleh. Malaysia boleh.

Status beliau telah dikongsi oleh seorang pengguna Twitter yang menganggap tindakan penunggang motorsikal itu satu tindakan melampau.

Bagaimanapun, sesetengah pengguna Twitter mempertikaikan cerita wanita itu, kerana berpendapat cerita wanita itu tidak logik. Mereka mempersoalkan bahawa seorang penunggang motorsikal tidak akan tersekat dalam kesesakan trafik. Penunggang motorsikal sentiasa bergerak dengan memasuki mana-mana lorong atau celah untuk meneruskan perjalanan dan tidak ada masa untuk memerhati apa yang sedang dilakukan oleh pemandu kereta dalam kenderaan mereka.

Screenshot_2016-06-18-05-46-01
Screenshot_2016-06-18-05-46-28Screenshot_2016-06-18-05-46-48Screenshot_2016-06-18-05-47-22Kecurigaan netizen ini ada asasnya berdasarkan cerita wanita tersebut yang mencurigakan. Adakah moral lelaki Muslim di Malaysia seteruk yang diceritakan?

Tambahan pula, tiada sesiapa yang mampu mengesahkan kesahihan cerita kerana hanya wanita itu dan lelaki penunggang motorsikal yang wujud dalam ceritanya. Dan terbukti sebelum ini ada individu yang mereka cerita dramatik untuk disebarkan di Internet demi mendapat pengikut dan ‘likes’.

Jadi terpulang pada anda untuk membuat penilaian. –amazingnara.com

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

2 Comments

  1. Ahmad

    June 18, 2016 at 3:17 pm

    “Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu”. [Al Hujurat : 6].

  2. Ahmad

    June 18, 2016 at 2:56 pm

    “Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu”. [Al Hujurat : 6].

    Sumber: https://almanhaj.or.id/2634-berita-dan-bahayanya.html