Wanita Bujang Mengeluh Tak Jumpa Jodoh Sesuai Sebab Nak Cari Lelaki Kaya Dan Bergaya?

Trending

Wanita Bujang Mengeluh Tak Jumpa Jodoh Sesuai Sebab Nak Cari Lelaki Kaya Dan Bergaya?

Ada ramai wanita mengeluh tidak jumpa lelaki yang sesuai, berkualiti dan layak untuk dijadikan suami. Masalahnya kanan-kiri kita masih berjumpa lelaki-lelaki yang baik dan berkualiti untuk dijadikan suami di negara ini.

Penyayang, beragama, rajin bekerja dan yang paling penting ialah sikap amanah.

Advertisement

Tetapi, orangnya tidaklah kaya cuma naik motorsikal, kulitnya gelap, ada yang berbadan besar dan tidak kurang pula yang berpendapatan rendah atau pengajiannya tidak tinggi.

Muka pun muka melayu, gigi ada yang jonggang, kulit kasar gelap dan ada yang botak tengah.

Dia hadir di masjid-masjid, kelas pengajian dan kalau ada aktiviti kebajikan boleh jumpa mereka namun tiada pula wanita-wanita yang berkehendak menerima mereka sebagai suami.

Pengalaman kita tanya mereka dijawab; ‘Tiada yang sudi. Ada yang mengaku sudah 2 kali pinangan ditolak dan merasa malu hendak melamar sesiapa lagi.’

Kenapa begitu?

Aljawab, “apabila perempuan mengatakan tidak ramai lelaki berkualiti dan lelaki yang sesuai untuk dijadikan suami.”

Maksud mereka ialah tidak jumpa lelaki kaya, kacak dan bergaya macam cerita Suri Hati Mr. Pilot atau macam dalam drama Korea.

Kalau suami kaya, rajin bawa isteri melancong ke luar negeri, beli handbag mahal, layan macam puteri biarlah si lelaki itu tidak solat subuh pun tak mengapa. Janji sweet.

Mana ada drama tunjuk hero naik motor kapcai hantar isteri ke tempat kerja kemudian puak-puak wanita ini berkata sweetnya.

Faham tak apa masalahnya sekarang? Mentaliti!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...