Seorang pelajar wanita tampil membuat laporan polis di Balai Polis Sentul dan mendakwa dia dan teman lelakinya telah diperas ugut dan dicabul oleh tiga anggota polis, kelmarin.
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, berdasarkan laporan tersebut, kejadian itu berlaku di Jalan Sentul Pasar.
Dakwa mangsa, mereka berdua telah ditahan dan diperas oleh tiga anggota itu untuk membayar RM10,000 selain dipaksa untuk melakukan hubungan seks dengan salah seorang anggota polis berkenaan.
Bukan itu sahaja, wanita tersebut turut mendakwa telah dicabul apabila salah seorang anggota polis mencubit payudaranya ketika berbincang.
Susulan itu, pihaknya telah menahan ketiga-tiga anggota berkenaan semalam di sebuah restoran bagi membantu siasatan berhubung laporan mangsa.
Semua individu terbabit direman selama empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan dan Seksyen 354 Kanun Keseksaan.