Seorang wanita yang menggunakan nama kjnyo berkongsi di instagramnya mengenai servis berpantang ke rumah oleh satu syarikat yang dikenali sebagai Pantang Pro. Menurut perkongisan itu syarikat tersebut masih tidak memulangkan semula wang pembayaran yang telah dibuat akibat gagal menghantar ‘confinement lady’ kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini.
Dia yang difahamkan menetap di Brunei telah membuat bayaran penuh bagi pakej 28 hari kepada syarikat itu. Syarikat Pantang Pro telah menghubunginya melalui email dengan mengatakan mereka melalui kesulitan untuk menghantar ‘confinement lady’ ke Brunei akibat PKP yang dijangka tamat pada 28 April pada mulanya.
Menurut mereka, selain kerana kedua-dua sempadan negara ditutup bagi membendung penularan wabak COVID-19, kakitangan mereka yang berada di Brunei turut terpaksa pulang semula ke Malaysia kerana syarikat tidak mampu menampung kos penginapan di sana kerana mereka tidak dibenarkan bekerja sepanjang tempoh PKP. Syarikat itu menyatakan kerajaan Brunei telah mengeluarkan arahan untuk tidak mengeluarkan permit baharu buar sementara ini.
Setelah hampir 3 bulan masih tiada maklum balas
Kjnyo menyatakan perasaan hampa kerana setelah hampir 3 bulan dia masih tidak mendapat sebarang maklum baas dari syarikat Pantang Pro itu. Dia menyatakan syarikat tersebut tidak menjawab sebarang bentuk komunikasi termasuklah email, Whatsapp, panggilan telefon dan mesej di instagram.
“MCO sudah berakhir di Malaysia dan masih belum ada jawapan daripada anda. Bolehkah kita mendapat respons daripada @pantang.pro? Laman web mungkin kelihatan baik tetapi ianya masih belum tentu boleh dipercayai.”
Kjnyo kemudiannya memuat naik satu lagi perkongsian menunjukkan dia telah di’blocked’ oleh syarikat itu di instagram.
Dia menyeru agar orang ramai dapat membantunya menyampaikan perkara tersebut kepada pihak Pantang Pro supaya isu tersebut dapat diselesaikan.
Sehingga kini, masih tiada sebarang maklum balas atau kenyataan rasmi daripada pihak Pantang Pro.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.