Wanita Britain Obes Mahu Pembayar Cukai Biayai Dietnya Untuk Kurus

Trending

Wanita Britain Obes Mahu Pembayar Cukai Biayai Dietnya Untuk Kurus

Seorang ibu dua anak yang obes dan hidup dengan wang kebajikan kerajaan memberitahu dia perlukan lebih duit cukai yang dibayar rakyat Britain untuk menguruskan badan.

1411582768772_wps_83_Picture_shows_Christina_B

Advertisement

Christina Briggs, 26, dari Wigan, berkata dia tidak suka badannya yang seberat 158 kg, tetapi tidak mampu mengurangkan berat badan kerana dia hanya mampu membeli makanan tidak berkhasiat. Dia juga mendakwa tidak boleh bersenam kerana tidak mampu membayar yuran gimnasium.

1411607396516_wps_1_Picture_shows_Christina_B

Katanya pada majalah Closer:

Bukan mudah bila anda dibiayai wang kebajikan dan badan pula obes. Kalau saya dapat lebih duit, saya boleh beli makanan segar dan boleh bayar yuran keahlian gimnasium.

Dia menambah dia tidak dapat mencari kerja untuk mencari lebih wang kerana dia diperlukan di rumah untuk menjaga anak-anaknya.

Saya pernah mencuba berenang tapi kosnya £22 (RM 117.01), itu bermakna saya perlu mengurangkan kos makan pizza dan makanan cina bungkus.

Christina yang tidak bekerja mendapat wang saraan dari kerajaan sebanyak £20,000 (RM 106, 338.67) untuk setahun dan tinggal bersama dua anak dari bapa berbeza iaitu Helena, 10, dan Robert, 2.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Dia berhenti sekolah waktu remaja setelah mengandung tanpa nikah. Setiap hari, dia dan anak makan makanan yang dibungkus dari restoran, coklat dan kerepek kerana menurut Christina, mereka tidak mampu membeli makanan rendah lemak.

1411583272295_wps_84_Picture_shows_Christina_B

Katanya, harapan yang dia ada hanyalah jika kerajaan memberinya lebih wang supaya dia mampu membeli buah dan sayuran serta menyertai gimnasium.

Dia juga percaya dia patut dibayar untuk setiap paun berat yang dapat dikurangkan untuk memberinya motivasi.

Saya perlu lebih wang saraan untuk makan secara menyihatkan dan bersenam. Lagi bagus jika kerajaan tawarkan insentif wang tunai. Saya harap dapat £1 (RM 5.32) untuk setiap paun yang berjaya diturunkan atau baucar untuk membeli makanan sihat.

Kalau harga makanan yang menyihatkan dapat dikurangkan pun akan membantu. Saya perlukan bantuan, tetapi saya perlu bantuan kerajaan.

Katanya, dia tak mungkin dapat bekerja kerana dia perlu menjaga anak-anak, dan anak perempuannya mengalami masalah kecelaruan hiperaktif dan buah pinggang. Dia menerangkan:

Tak mungkin saya dapat bekerja. Saya tak rasa teruk bahawa hidup saya dan bil perubatan anak saya dibiayai oleh pembayar cukai, sebab saya tak beli apa-apa yang mahal. Duit yang saya dapat hanya cukup untuk hidup, jadi pembayar cukai perlu bantu saya biayai diet saya.

Laporan asal: Dailymail UK

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...