November 4th, 2015

Semalam, Zizan Razak telah membuat kemunculan di program Meletop selepas kejayaannya memenangi pertandingan Super Spontan. Walaupun kemunculannya hanya sekejap sahaja, namun kata-kata Zizan Razak telah menimbulkan kontroversi dan menjadi perbincangan hangat di laman sosial. Mana tidaknya, Zizan Razak├é┬ádikatakan telah mengeluarkan kenyataan berbunyi “wanita bertudung tak boleh berfikiran terbuka“.

nabil neelofa

Namun seperti yang kita ketahui, Zizan Razak adalah seorang pelawak. Abang Nara ada menonton Meletop semalam. Pada pendapat Abang Nara, apa yang Zizan sampaikan ialah sekadar lawak semata-mata. Ini kerana sebelum kenyataan itu dilakukan, beberapa lawak yang dilakukan olehnya tidak difahami oleh Neelofa. Jadi kenyataan “wanita bertudung tak boleh berfikiran terbuka” ini kemungkinan besar merujuk kepada kesukaran Neelofa memahami lawak yang disampaikan olehnya. Itu apa yang Abang Nara dapat rumuskanlah.
nabil neelofa

Namun daripada reaksi di laman sosial dan forum CARI, ramai yang tidak berpuas hati dengan kata-kata Zizan Razak ini. Mungkin mereka melihat daripada konteks yang lebih luas.

nabil neelofa nabil neelofa

Apa pula pendapat anda? Adakah Zizan Razak sekadar berlawak atau ia memang satu kenyataan yang serius? Kongsikan pendapat di ruangan komen.


Comments are closed.

Loading...