Sejak beberapa hari lepas, video seorang wanita melakukan senaman crossfit sambil mengangkat tong gas kosong telah menjadi viral di Internet.
Video itu yang dimuat naik oleh Mimi Sallehuddin ke akaun Facebooknya dikongsi beberapa laman sosial sehingga menjadi viral namun maklumbalas yang diterima agak mengejutkan.
Majoriti netizen perempuan mempersoalkan senaman tersebut kerana menganggap ia akan memudaratkan kesihatannya. Menurut mereka, senaman sambil mengangkat tong gas seberat 14.4 kg itu akan menyebabkan rahim wanita itu ‘jatuh’.
Apa yang lebih menyedihkan, ada antara netizen yang mendoakan agar Mimi tidak mampu melahirkan anak dan menjadi mandul.
Bagaimanapun, Mimi menerangkan yang dia mendapatkan nasihat pakar dan terlebih dahulu sebelum membuat senaman sebegitu. Mimi menasihatkan mereka yang ingin mengikut jejak langkahnya agar mengamalkan teknik mengangkat berat dengan betul untuk mengelakkan rahim dari jatuh.
Bagi penulis, pastinya Mimi telah mempelajari teknik mengangkat berat dengan cara yang tidak akan memudaratkan kesihatannya. Jika kita tidak ingin buat sepertinya, tak perlu juga mendoakan yang bukan-bukan untuk menjatuhkan semangatnya.
Sebenarnya, wanita Melayu juga mampu membina otot dan kekuatan fizikal tanpa mendatangkan mudarat seperti wanita kulit putih. Bezanya mereka menggunakan weights manakala Mimi menggunakan tong gas kosong. Bangsa tidak relevan dalam hal ini. –amazingnara.com