Wanita Bermandi Air Mata Diduakan Suami Kerana Berbadan Gemuk

Trending

Wanita Bermandi Air Mata Diduakan Suami Kerana Berbadan Gemuk

Saya hanya ingin kongsikan cerita saya dan kenapa saya perlu sangat untuk kuruskan badan. Saya dah kahwin tapi belum dikurniakan cahaya mata. Kalau bab umpat keji orang sekeliling itu memang sudah kalislah telinga ini mendengarnya.
gemuk
Tapi itu saya tak kisah lagi. Namun bila suami sendiri yang kata saya ini gemuk gedempol, tuhan saja yang tahu perasaannya. Dan yang lebih menyedihkan lagi, dalam diam-diam dia kahwin lagi satu di Siam.

Advertisement


Dengan perempuan yang bekerja di pejabatnya. Hampir empat bulan dia sembunyikan benda itu. Namun, gerak hati seorang isteri sentiasa tepat. Akhirnya, kantoi juga. Bila ditanya apa kekurangan saya, dia kata tiada. Semua okay.

Cuma dia kata dah terlalu lama dia nakkan anak. Tapi bagi saya tu cuma alasan. Iyalah, perempuan itu kurus, tak macam saya. Nak anak dan kata saya tak dapat bagi dia anak sebab saya gemuk, dah bertahun juga dia kahwin dengan perempuan yang kurus tu tapi tak dapat juga anak. Jadi, salah sayakah?

Kami pernah bercerai tapi sebab percaya janji manis dia, kami rujuk balik. Tapi, saya menyesal. Lepas rujuk pun, dia masih layan saya macam sampah.

Nafkah zahir dan batin saya tak dapat. Tapi perempuan tu semua dapat, hinggakan buku bank dan akaun-akaun dia perempuan tu yang uruskan. Dengan saya nak minta duit belanja dapur pun berkira. Sekarang pun dah berani angkat tangan dengan saya. Pernah dia cekik saya hanya sebab saya tanya apa hak saya sebagai isteri pertama kalau semua pun lebihkan perempuan itu.

Kalau dia pegi majlis mana-mana pun, bukan saya yang dibawanya walaupun saya isteri pertama. Perempuan itu pun kalau jumlah hari lebih sehari saja pun dalam sebulan bersama suami saya, dia akan bising.

Sedangkan saya dah banyak korbankan hari-hari saya dan bagi dia. Dia tak sedar yang bukan saya yang merampas suaminya, sebaliknya dia. Sekarang ini saya cuma hidup bermandikan air mata.

Seolah-olah saya ini tak wujud dalam hidup suami. Yang lebih menyedihkan juga, keluarga suami menerima perempuan itu dan sekarang dia dah banyak bawa balik perempuan itu berbanding saya ke rumah mertua.

Hari raya yang sepatutnya hari untuk bergembira, tapi bagi saya hanya duka. Saya beraya seorang diri di rumah sewa sedangkan dia bergembira dengan perempuan itu.

Nak balik rumah keluarga sendiri pun tak boleh, kerana saya sebagai isteri perlu menjaga maruah dan nama baik suami walaupun dia buat macam-macam pada saya. Terpaksalah pendam perasaan seorang diri.

Sebab tu saya berazam untuk ubah diri saya, untuk saya sendiri dan supaya dia rasa tercabar bila tengok saya dah kurus.

Supaya dia sedar kewujudan saya.

Sumber: Kelab Diet Atkins – amazingnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...