Wanita Beri Ugutan Mahu Bunuh Perdana Menteri Malaysia Ditahan Oleh Pihak Berkuasa

Trending

Wanita Beri Ugutan Mahu Bunuh Perdana Menteri Malaysia Ditahan Oleh Pihak Berkuasa

Perlantikan Perdana Menteri Malaysia yang ke-8 baru-baru ini nampaknya tidak disenangi oleh seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Penny Tai. Wanita tersebut telah memuatnaik komen berbaur ugutan mahu membunuh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Wanita berusia 28 tahun itu ditahan oleh pihak berkuasa di Ampang Jaya semalam menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, SAC Datuk Fadzil Bin Ahmat. Perempuan berbangsa Cina itu telah ditahan dan telefon bimbit miliknya turut dirampas untuk siasatan.

Advertisement

Berdasarkan siasatan, wanita itu bekerja sebagai pembantu klinik di Singapura dan tidak mempunyai sebarang sejarah atau latar belakang politik. Malah, dia juga dikatakan tidak pernah mengundi semasa pilihan raya yang berlangsung sebelum ini. Semasa siaran langsung upacara angkat sumpah Perdana Menteri, dia telah memuatnaik komen berbunyi:

“Boleh upah pembunuh untuk bunuh Perdana Menteri baru?”

komen ugut bunuh

Sementara itu, SAC Datuk Fadzil Bin Ahmat menasihatkan pengguna media sosial yang lain untuk lebih berhati-hati meninggalkan komen di platform media sosial. Sebarang komen yang ditinggalkan di media sosial menjadi tanggungjawab masing-masing sekiranya apa-apa berlaku.

Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-8 selepas ketegangan situasi politik yang melanda Malaysia. Sebelum ini, media Indonesia mendakwa beliau berasal daripada Indonesia dan kenyataan itu mengejutkan ramai pihak. Untuk baca artikel penuh, klik pautan di bawah.

Artikel berkaitan: Rakyat Indonesia ‘Claim’ Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin Mempunyai Darah Indonesia

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...