Wanita Berat 137KG Diusung Oleh 16 Bomba Kerana Asma Semasa Hiking

Kehidupan

Wanita Berat 137KG  Diusung Oleh 16 Bomba Kerana Asma Semasa Hiking

Seorang wanita terpaksa diusung secara bergilir-gilir oleh 16 anggota bomba selepas mengalami serangan asma serta kejang kedua-dua belah kaki ketika melakukan aktiviti ‘jungle trekking’ di Hutan Simpan Seksyen 9, Kota Damansara, Petaling Jaya, hari ini.

Ini kerana mangsa dianggarkan seberat 137 kilogram, pasukan menyelamat terpaksa beberapa kali berhenti rehat sebelum membawanya keluar dari kawasan berkenaan bagi menerima rawatan di hospital selepas lebih 4 mengusung mangsa.

Advertisement

Menurut Harian Metro, Komander Operasi, Rosdi Hainan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 3.14 petang memaklumkan seorang wanita diserang asma serta tidak dapat bergerak akibat kejang kedua-dua belah kaki.

Beliau berkata, susulan itu, sepasukan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Damansara dihantar ke lokasi bagi memberi bantuan sebelum sembilan anggota termasuk seorang pegawai dari BBP Sungai Buloh hadir bagi membantu membawa mangsa keluar.

Sebaik tiba di lokasi, pasukan bomba bersama tiga pegawai Jabatan Hutan menemui mangsa bersama dua rakannya kira-kira lebih dua kilometer dari kawasan laluan utama.

Ketika ditemui mangsa yang mengalami serangan asma diberi rawatan awal dan berikutan mangsa tidak boleh berjalan kerana kedua-dua kakinya kejang, pasukan bomba terpaksa mengusungnya keluar.

Rosdi berkata, oleh kerana jarak untuk ke laluan utama sejauh lebih 2 kilometer dan berat mangsa dianggarkan 137kg, semua 16 anggota serta pegawai bomba yang terbabit operasi itu terpaksa bergilir-gilir mengusung mangsa.

Kami berhenti rehat beberapa kali berikutan keadaan trek berbukit membuatkan usaha membawa keluar agak sukar dan memenatkan.

Mangsa hanya berjaya dibawa keluar dari kawasan itu sekitar 7.40 malam tadi dan kemudian diserahkan kepada pasukan paramedik Hospital Sungai Buloh yang sudah menunggu di jalan utama bagi mendapatkan rawatan susulan di hospital berkenaan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...