Wanita Berang Jiran Selamba Buka Pagar Dan ‘Parking’ Waja Dalam Rumah Tanpa Izin, Bila ‘Viral’ Tuan Kereta Marah Pula

Kehidupan

Wanita Berang Jiran Selamba Buka Pagar  Dan ‘Parking’ Waja Dalam Rumah Tanpa Izin, Bila ‘Viral’ Tuan Kereta Marah Pula

Seorang wanita meluahkan rasa berang apabila dia pulang ke rumah dan mendapati jirannya selamba meletakkan kenderaan di dalam kawasan kediamannya tanpa izin.

Menerusi perkongsian itu, wanita berkenaan mendedahkan bahawa jiran terbabit telah membuka pagar sesuka hati dan meletakkan Proton Waja di dalam kawasan parkir rumah tanpa pengetahuannya.

Advertisement

Berdasarkan kata-katanya, wanita itu dipercayai tidak tinggal di kediaman tersebut sebaliknya datang menyinggah untuk memeriksa rumahnya.

Aku balik nak check rumah, jiran buka pintu rumah (pagar) aku parking kereta dia kat dalam sesuka hati.

Difahamkan wanita tersebut bertindak mengunci semula pagar rumahnya dan kereta jiran berkenaan masih diparkir di dalam. Dia juga berkata sekiranya kunci itu dipotong oleh jirannya untuk mengambil kereta, wanita berkenaan akan membuat laporan polis.

jiran buka pagar parking dalam rumah

Sementara itu, ramai netizen menghentam tindakan jiran wanita berkenaan kerana sesuka hati menceroboh kawasan kediaman orang lain meskipun tidak berpenghuni.

Bagaimanapun, seorang lelaki dipercayai tuan empunya kereta juga turut meninggalkan komen dan memarahi wanita itu kerana ‘bikin kecoh’ di media sosial.

Kan boleh bagi tahu suruh alih, depan rumah je bukan jauh pun. Saya tahu salah ceroboh tapi tak payahlah nak kecoh kecoh. Hari Raya kan…

jiran buka pagar parking dalam rumah

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

wanita simpati belikan peti ais untuk jiran susah
2 months ago

Wanita Simpati Belikan Peti Ais Baru Untuk Jiran, Dah 3 Bulan Rosak - "Dia Tak Pernah Cerita Kesusahan Dekat I"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : X

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...