Wanita Bawa Mayat Bapa Saudara Pergi Bank, Suruh ‘Sign’ Permohonan Pinjaman RM15K – “Pakcik Dengar Tak Saya Cakap Ni?”

Hiburan

Wanita Bawa Mayat Bapa Saudara Pergi Bank, Suruh ‘Sign’ Permohonan Pinjaman RM15K – “Pakcik Dengar Tak Saya Cakap Ni?”

Selalu kita dengar kisah dikongsikan masyarakat yang berdepan dengan ahli keluarga yang menjadi tamak dan haloba disebabkan harta dan wang ringgit.

Tetapi ternyata ia tidak hanya berlaku di negara kita sudah tentu isu tamak disebabkan wang ringgit ini ada di mana-mana di seluruh dunia.

Advertisement

tips cerai
10 months ago

"Lebih Kepada Kau Yang Jahat, Gila Harta!" - Dapat Anak & Semua Harta, Wanita Kongsi Tips Bercerai Teruk Dikecam

 

Bawa mayat guna kerusi roda

Tular baru-baru ini tentang seorang wanita dari Brazil yang sanggup bersusah payah dan gigih membawa mayat mendiang bapa saudaranya ke sebuah bank.

Menurut laporan, Erika de Souza Vieira telah membawa Paulo Roberto Braga yang ditolak di atas kerusi roda ke sebuah bank semata-mata untuk melakukan urusan permohonan pinjaman bernilai kira-kira 17,000 reais (RM15,000).

erika

Erika menggunakan kerusi roda kerana mahu membuatkan Paulo seakan-akan masih hidup namun aksi wanita itu dan keadaan bapa saudaranya itu menimbulkan rasa curiga pegawai bank yang berurusan dengannya.

 

Selit pen celah tangan, suruh sign dokumen

Menerusi video yang tular di internet, Erika dilihat berlakon seolah-olah dia sedang bercakap dengan Paulo namun pegawai bank tersebut pantas menyedari sesuatu yang tidak kena.

Difahamkan, rupa Paulo dilihat pucat kekuningan dan langsung tidak bergerak membuatkan pegawai itu meragui tindakan Erika.

Bukan itu sahaja, Erika juga dilihat beberapa kali memegang tangan kanan Paulo dan menyelitkan pen di celahnya dalam usaha untuk menurunkan tanda tangan pada dokumen pinjaman.

Ketika pegawai itu menegur keadaan Paulo yang tidak sihat, Erika membalas dengan mengatakan bapa saudaranya berusia 68 tahun tersebut memang nampak lemah.

Dia memang begini. Dia tak bercakap. Tanda tangan di sini agar kamu tak bagi saya sakit kepala lagi (selepas ini).”

Ditahan polis

Polis yang tiba kemudian menahan Erika dan pegawai medik yang tiba dengan ambulan kemudian mengesahkan Paulo sudah pun meninggal dunia.

Hasil siasatan awal mendapati mayat warga emas itu adalah bapa saudaranya dan ketika hayatnya dia dijaga dan dirawat oleh Erika.

Polis bagaimanapun masih menjalankan siasatan untuk mengetahui status hubungan Erika dan Paulo selain sedang mengenal pasti waktu, lokasi dan punca sebenar kematian.

erika

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : NY Post

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...