“Wanita Bangkit Mendepani Cabaran” – RPA Titah Hargai Diri, Jadi Insan Hebat Dan Bahagia

Trending

“Wanita Bangkit Mendepani Cabaran” – RPA Titah Hargai Diri, Jadi Insan Hebat Dan Bahagia

Menerusi video yang dimuat naik di laman sosial rasmi Istana Negara, Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mengingatkan wanita untuk menyayangi dan menghargai diri sendiri, untuk menjadi seorang insan yang hebat dan bahagia.

Tunku Aminah bertitah, wanita yang bahagia luaran dan dalaman akan membawa kebahagiaan kepada orang sekelilingnya dan oleh kerana itu wanita perlu menjaga kesihatan fizikal dan mental diri sendiri.

Advertisement

Sambutan Hari Wanita

“Wanita waja mampu mengharungi setiap cabaran yang datang dan kekuatan yang diberikan oleh Allah SWT itulah istimewanya kita wanita”.

Baginda bertitah demikian dalam satu video khas sempena sambutan Hari Wanita hari ini.

Tambahan, Wanita Bangkit Mendepani Cabaran ialah tema sambutan Hari Wanita tahun ini, kekuatan wanita terserlah ketika pandemik Covid-19 yang melanda negara apabila mereka mampu bangkit serta cekal mengatasi sebarang cabaran di dalam kehidupan.

Raja Permaisuri Agong

“Di sinilah, kita melihat kekuatan seseorang insan yang bergelar wanita. Walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran, wanita tetap mampu bangkit dan cekal serta berjaya keluar daripada cabaran tersebut”.

Dalam masa yang sama, baginda turut menyeru supaya masyarakat menghargai wanita, menyayangi, menghormati dan berlemah lembut dengan golongan itu. – BERNAMA

SUMBER 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...