Wanita Baling Kerusi & Sumbat Bekas Minuman Dalam Ekzos Kereta Di Festival Automotif — Dakwa Anak Autisme Terkejut Bunyi Bising

Kehidupan

Wanita Baling Kerusi & Sumbat Bekas Minuman Dalam Ekzos Kereta Di Festival Automotif — Dakwa Anak Autisme Terkejut Bunyi Bising

Kekecohan tercetus di Northern Festival of Speed yang berlangsung di Butterworth, Pulau Pinang, apabila seorang ibu bertindak membaling kerusi dan menyumbat bekas minuman ke dalam ekzos sebuah kereta perlumbaan, dipercayai selepas anaknya yang menghidap autisme terkejut dengan bunyi kuat kenderaan tersebut.

Menurut perkongsian tular di Threads dan TikTok oleh kejadian itu bermula ketika sebuah Nissan Silvia S15 membuat demonstrasi dan mengeluarkan bunyi ekzos yang kuat.

Advertisement

Difahamkan, wanita berkenaan yang hadir bersama anaknya naik marah dan panik apabila anaknya menangis ketakutan, sebelum bertindak di luar kawalan dengan melempar kerusi ke arah kereta dan menyumbat bekas minuman ke dalam lubang ekzos.

Akibat tindakan itu, kereta terbabit mengalami kerosakan fizikal yang ketara — termasuk calar, cat terkopek, serta lampu sisi belakang pecah.

evet permotoran

Insiden tersebut mencetuskan pelbagai reaksi di media sosial. Ramai netizen mengecam tindakan si ibu, menyifatkannya sebagai tidak wajar dan membahayakan, terutama memandangkan acara tersebut adalah festival automotif yang sememangnya melibatkan bunyi enjin dan ekzos yang kuat.

“Kalau tahu anak ada autisme dan mudah terkejut, sepatutnya elak bawa ke event macam ni. Tak semua tempat sesuai,” tulis seorang pengguna.

Namun, ada juga segelintir netizen yang bersimpati dengan keadaan ibu tersebut, memohon agar orang ramai tidak cepat menghukum dan menyeru agar penganjur menyediakan zon khas atau ruang tenang (quiet zone) pada acara seperti itu untuk golongan sensitif terhadap bunyi.

komen

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2025-10-09 20:58:28

“Tap Kad Nak Masuk Tandas?” – Mesin PayWave RM1 Di Bangunan Kerajaan Kedah Curi Perhatian Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...