Wanita Australia Kongsi Tip Halau Lalat Guna Air Dan Duit Syiling

Trending

Wanita Australia Kongsi Tip Halau Lalat Guna Air Dan Duit Syiling

Lalat yang banyak di rumah sangat menganggu terutamanya ketika mahu menjamu selera bersama keluarga.

lalat

Advertisement

Pelbagai cara digunakan untuk menghalau lalat daripada terus ‘berleluasa’ namun sia-sia. Malah, semakin hari semakin banyak.

Apa kata anda ikut tip yang dikongsi oleh seorang wanita dari Australia ini. Wanita yang tidak didedahkan identitinya itu, berkongsi rahsia tersebut di Facebooknya.

Menurutnya, dia hanya menggunakan air, plastik kedap udara dan beberapa keping duit syiling selepas mempelajarinya daripada seorang rakan yang membuka kedai makan.

lalat

Pada mulanya, dia agak terkejut melihat beberapa beg plastik kedap udara diisi dengan air bersama duit syiling yang digantung di sekeliling kedai rakannya itu.

“Air separuh penuh diisi dalam setiap beg plastik itu. Setiap beg itu juga diisi dengan empat keping duit syiling. Saya melihat beberapa ekor lalat terbang masuk melalui tingkap restoran yang terbuka, berlegar seketika dan kemudian terbang keluar semula,” katanya.

Selain rakannya, ada beberapa lagi individu lain turut mencuba kaedah tersebut dan mendakwa cara ringkas itu memang berkesan bagi menghalau lalat.

lalat

Seorang individu memberi penjelasan saintifik bahawa kaedah itu berjaya disebabkan molekul air memantulkan cahaya ke mata lalat sehinggakan serangga itu pening kerana terlalu banyak pancaran cahaya dan warna sehingga menyilaukan penglihatannya.

Sumber Berita: Kosmo! Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...