Wanita AS Dakwa Suami Ditahan Di KLIA & Dihalang Pulang Sebab Bawa Senjata Untuk ‘Shooting’ Gerak Khas

Kehidupan

Wanita AS Dakwa Suami Ditahan Di KLIA & Dihalang Pulang Sebab Bawa Senjata Untuk ‘Shooting’ Gerak Khas

Seorang lelaki berusia 43 tahun didakwa telah dilarang daripada berlepas pulang dari Malaysia oleh pihak berkuasa tempatan selepas mereka menemui kelopak senjata api yang kosong dalam bagasinya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Perkara itu dihebahkan oleh isterinya, Diana Dahlgren Bates yang memuat naik video di akaun Instagram dan merayu agar Kedutaan AS membantu suaminya di sini.

Advertisement

Suami saya @frogman5326_ kini ditahan di Lapangan Terbang Kuala Lumpur oleh Polis Malaysia. Untuk mengeluarkannya saya PERLUKAN seseorang di KEDUTAAN AS SECEPAT MUNGKIN!!!! Dia mempunyai kelopak di dalam begnya [yang digunakan untuk] penggambaran rancangan televisyen tentera.”

diana

Difahamkan, suaminya itu membawa senjata api tersebut untuk digunakan dalam penggambaran siri Netflix – The World’s Toughest Forces in Malaysia yang menceritakan tentang pasukan elit negara dipanggil Gerak Khas.

Menurut Malay Mail, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan beliau akan meneliti tentang dakwaan dan mendapatkan maklum balas Polis Diraja Malaysia.

Setakat artikel ini ditulis, lelaki tersebut telah dibebaskan dengan jaminan namun masih tidak dibenarkan meninggalkan Malaysia kerana siasatan masih dijalankan.

senapang

Untuk maklumat, Malaysia mempunyai undang-undang kawalan senjata api yang ketat. Sesiapa yang membawa senjata perlu mempunyai lesen yang sah daripada pihak polis.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

tiong king
1 year ago

"Ya, Itu Saya Tapi..." - Menteri Mengaku Buat Kecoh Di KLIA, Bukan Cuba 'Bebaskan' Pelancong Tapi Bongkar Rasuah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Malay Mail

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...