Wanita Arab Kini Boleh Bercuti Ke Luar Negara Tanpa Izin Lelaki

Travel

Wanita Arab Kini Boleh Bercuti Ke Luar Negara Tanpa Izin Lelaki

Sistem kawalan Arab Saudi yang melarang wanita melancong ke luar negara, memiliki pasport, berkahwin atau keluar penjara tanpa persetujuan ahli keluarga lelaki masih menjadi halangan dan cabaran utama untuk merealisasikan hak wanita dalam pentadbiran kerajaan negara itu.

Terkini, kerajaan Arab Saudi telah membenarkan wanita Arab Saudi keluar negara tanpa kebenaran saudara lelaki, seawal tahun ini, di bawah rancangan reformasi undang-undang.

Mengikut undang-undang ‘penjagaan’ semasa negara itu, wanita pada semua usia perlu mendapatkan kebenaran saudara lelaki untuk pergi ke luar negara atau memiliki pasport.

Advertisement

Semua wanita dan lelaki dibawah umur 21 tahun perlukan kebenaran penjaga lelaki sebelum melancong ke luar negara.

Undang-undang itu sudah dilonggarkan untuk membenarkan wanita memandu dan reformasi akan diperluaskan kepada membenarkan mereka keluar negara dan juga membenarkan kaum lelaki bawah 18 tahun melancong tanpa penjaga.

Agensi media yang berpangkalan di New York, Wall Street Journal melaporkan beberapa pegawai Arab Saudi memaklumkan perubahan itu akan berkuatkuasa tahun ini.

Jelas kepimpinan, kerajaan dan rakyat mahu sistem ini berubah. Perbincangan kini tertumpu kepada bagaimana untuk melaksanakannya secepat mungkin tanpa mencetuskan kekacauan.

Sebelum ini, Kementerian Dalam Negeri negara itu perlu menyediakan satu dokumen perjalanan untuk wanita yang mesti ditandatangani oleh saudara lelaki.

Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman telah berusaha memartabatkan kaum wanita sebagai sebahagian daripada rancangan pembaharuan ekonomi dan sosial. Sebelum ini, kerajaan telah menarik semula larangan wanita memandu.

Di Arab Saudi, aktivis wanita sedang memperjuangkan hak wanita yang sepatutnya diberikan oleh kerajaan bagi memperkasakan kaum wanita. Dimana sebanyak 32.5% wanita Arab yang tidak dibenarkan berkerja sehingga kini.

 

Apa pendapat anda semua tentang isu ini? kongsikan pendapat anda di ruangan komen ya.

 

 

 

Sumber: FINANCIAL TIMES

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...