Seorang wanita sanggup mengadakan majlis perkahwinan olok-olok kerana mahu menimbulkan rasa cemburu bekas teman lelakinya.
Wanita yang dikenali sebagai Sarah Vilard, 24 memakai gaun labuh berwarna putih berjalan sambil memegang tangan pengantin lelaki ‘olok-olok’ sebelum memuat naik video di aplikasi Tik Tok. Video itu meraih lebih 1.8 juta tontonan dan ribuan komen.
Sarah yang menetap di Frankfurt itu telah berpisah dengan bekas teman lelakinya pada 2019 sebelum membuat rancangan perkahwinan dengan rakannya.
Dia yang sanggup menyewa Villa Kennedy dan mengajak rakannya menjadi pengiring seterusnya memuat naik foto di Instagram untuk membuat bekas kekasihnya cemburu.
“Saya puas hati sebab dia ‘naik gila’ tengok gambar di Instagram. Dia mesej saya sehari selepas itu dan marah kerana menyangka saya menipunya ketika kami masih bersama”.
Tambahnya, dia juga menyekat akaun media sosial bekas kekasihnya dan ‘membuangnya’ dari kehidupan sebagai satu bentuk pengajaran.
“Dia juga datang ke rumah untuk bercakap dengan saya, namun saya tidak berminat berjumpanya”.
Perkongsian Sarah di media sosial itu meraih pelbagai reaksi termasuk ada yang mengecam tindakannya sebagai seorang psiko namun tidak diendahkan olehnya kerana apa yang dilakukan itu membuahkan hasil.