Wanita Akan Cair Atas 7 Sebab, Lelaki Ada Ciri-Ciri Ini Nampak Seksi Pada Pandangan Wanita. Setuju?

Trending

Wanita Akan Cair Atas 7 Sebab, Lelaki Ada Ciri-Ciri Ini Nampak Seksi Pada Pandangan Wanita. Setuju?

honor-7-630x3541-630x354

Ada tak kaum wanita yang sekarang ni boyfriendnya handsome, tinggi, berbadan sasa, baik hati, caring dan pandai masak? Kalau ada tu untung la badan kann.. Tapi memang susah nak cari lelaki yang sempurna macam tu. Susah!

Advertisement

Bagi kaum wanita pula, korang tak perlu la nak cerewet sangat.  Sebab setiap lelaki mesti ada kelebihan masing-masing yang boleh buat korang jatuh cinta.

Jom kita ushar sikit bahagian seksi yang ada pada lelaki yang boleh buat kaum wanita cair habis! Huhuhu…

1) Penuh sense of humour

Screen-Shot-2015-09-23-at-2.00.21-PM

Biar tak handsome, biar tak comel. Asalkan seorang lelaki tu mampu dan boleh buat wanita cair pun memang dah dianggap seksi tau. Kalau muka je macho tapi takde sense of humor pun bosan juga. Betul? Ehh..ehehe..

Kalau kaum wanita tengah sedih sebab stress pasal kerja siapa lagi nak ceriakan korang kalau bukan lelaki yang ada sifat kelakar ni? Haaa!

2) Power memasak

Screen-Shot-2015-09-23-at-12.36.03-PM

Psstt.. nak bagitau sikit pada kaum lelaki ni. Bro,  Kalau korang ada skill memasak mesti untung sebab wanita akan cair bila tengok korang bersusah payah masak kat dapur hanya untuk menyediakan makanan yang sedap untuk diorang. Senyum sampai ke telinga beb bila tengok abam-abam jantan masak. Keh Keh..

3) Kuat bersukan

Screen-Shot-2015-09-23-at-1.42.57-PM-671x446

Nak uji kejantanan seorang lelaki tu, korang kena tengok aktiviti harian dia. Kalau jenis yang jaga kesihatan dan keterampilan tu memang padu! Iya lah.. nak jaga bentuk badan untuk mata wanita-wanita yang memandang juga kan? Baru lah rasa konfiden!

4) Sentiasa nampak kemas dan fit

Screen-Shot-2015-09-23-at-12.14.44-PM-671x451

Keterampilan, kekemasan amat penting untuk lelaki di mata wanita. Ingat, first impression tu penting tau.. Pernah dengar perkataan ‘cinta pandang pertama’ tak? Sebenarnya betul sebab wanita akan terpikat jika korang jaga penampilan dan sentiasa tampil segak.

5) Pandai bawa diri

Screen-Shot-2015-09-23-at-2.05.02-PM-671x476

Lelaki yang matang akan ada sifat ni. Sifat pandai berdikari juga antara salah satu faktor kenapa lelaki itu nampak seksi di wanita. Tidak terlalu bergantung kepada orang lain dan tahu menyelesaikan masalah dengan sendiri tu satu perkara bonus!

6) Berkeyakinan

Screen-Shot-2015-09-23-at-12.11.52-PM

Tanya lah kat mana-mana wanita di dunia ni, antara salah satu sebab faktor mengapa seorang lelaki nampak seksi di mata wanita adalalah sifat keyakinan yang tinggi yang ada pada lelaki tersebut.

Mempunyai plan yang tersendiri dan tahu apa yang mereka nak dalam hidup mereka. Sentiasa kerja keras untuk capat matlamat yang tersendiri. Seksi apa tu!

7) Senyuman memukau kalbu

Screen-Shot-2015-09-23-at-12.18.08-PM

Haishh ni paling cair ni.. Senyuman persis The Rock ni mampu buat wanita-wanita di luar sana pengsan. Senyuman seorang lelaki juga dapat pujuk hati wanita yang sedang marah. Power kan?

Agak-agaknya korang ada tak 7 ciri ini wahai geng2 lelaki? Hehehe..

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...