Pamela Jacobs tidak kelihatan seperti umurnya lebih dari 25 tahun, namun anda pasti terkejut apabila mengetahui yang wanita itu sebenarnya berusia 52 tahun dan mempunyai seorang anak lelaki 21 tahun!
Malah, dia sering ditawarkan makanan dengan harga diskaun pelajar kerana tiada siapa percaya usianya yang sebenar sekiranya diberitahu. Katanya:
Lelaki memang komen tentang penampilan saya dan kata ‘saya tak percaya apa yang awak kata’ atau ‘mesti awak menipu. Saya sentiasa kata semua wanita tidak pernah menambah usia.
Anak lelakinya agak rimas dengan perhatian yang diterima olehnya, kerana orang ramai sering menyangkakan bahawa dia ialah teman wanita anaknya.
Satu ketika dulu, seorang kenalan anak saya menyangka saya ialah teman wanitanya. Dan ada sesetengah kawan saya pula sangka dia teman lelaki saya. Memang rasa bangga juga, tetapi saya lebih menyukai lelaki dalam kalangan umur saya.
Selain dari salah faham sebegitu, Pamela memberitahu tak ada yang tidak baik apabila kelihatan muda. Pada satu pemeriksaan kesihatan beberapa tahun lepas, seorang jururawat enggan percaya yang usia Pamela ialah 50 tahun.
Dia sangat kagum kerana saya nampak sangat muda dan juga kerana saya masih ada pinggang.
Menurutnya, dia merasakan dia kelihatan muda kerana pemakanan sihat, banyak bersenam dan juga minyak kelapa. Dia juga menjaga kesihatan dengan mandi sauna setiap minggu dan skrub kulit setiap dua hari. Dia juga sentiasa menggunakan krim penapis sinar UV.
Saya gemarkan minyak kelapa. Ibu saya sapu minyak kelapa di rambut dan kulit saya sewaktu kami kecil dan saya juga amalkan hingga dewasa.
Dia juga mengelakkan makanan bergula dan membanyakkan makan sayur.
kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai Ekspresi Muzik 2015, sila hubungi nombor yang tertera di flyers ini. sama-sama kita mencetuskan revolusi muzik baharu
Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Tuesday, 7 July 2015