Seorang wanita dari Hubei, China yang berusia 20 tahun didapati mengamuk dan berbaring di tengah jalan kerana ayahnya enggan membelikan dia telefon peribadi yang dia inginkan.
Lapor Jianghan Business Daily, sewaktu keluar membeli-belah dengan ayahnya, wanita itu nekad mahukan satu telefon pintar berharga 2,000RMB (RM 1,230.51). Malangnya, ayahnya tidak mahu membayar sebanyak itu.
Bengang, wanita itu kemudiannya mengamuk dan menghempaskan diri seperti kanak-kanak di jalanan.
Sebaik saja polis trafik menyedari kelakuan wanita itu, mereka mengelilingi tubuhnya bagi membentuk perisai manusia untuk mengelakkan wanita yang mengongoi itu dari dilanggar kenderaan yang lalu-lalang. Polis juga berjaya memujuk wanita itu untuk berbaik dengan bapanya.
Dalam pada itu, penjual telefon pintar tersebut telah menurunkan harga dan bapa itu kemudiannya membeli telefon itu untuk anaknya yang kini sangat gembira.
Trafik kembali normal dan mereka hidup bahagia selamanya.