Wani Kayrie Luah Rasa Hati Menerusi ‘Jangan Terlepas Pandang’

Hiburan

Wani Kayrie Luah Rasa Hati Menerusi ‘Jangan Terlepas Pandang’

Penyanyi, pelakon serta pengacara muda berbakat besar, Wani Kayrie kini tampil dengan single pertama di bawah naungan Rocketfuel Entertainment berjudul Jangan Terlepas Pandang.

Wani Kayrie
2 bulan lalu

Didakwa Menunjuk Keputusan Peperiksaan, Wani Kayrie Kata Hanya Bukti Tak Pernah Lupa Pelajaran

Advertisement

Single Wani tersebut merupakan hasil ciptaan komposer terkenal negara iaitu MFMF dan Asyraf Nasir.

Akhirnya penantian menghasilkan single bersama Rocketfuel tercapai jua.

Menurut Wani, dia juga ingin mengucapkan rasa syukur dan setinggi-tinggi terima kasih kerana diberikan peluang menjadi sebahagian daripada keluarga besar Rocketfuel sekaligus tampil dengan lagu baru.

Advertisement

Mengulas lanjut mengenai single barunya itu, Wani akui ia mengisahkan tentang posisinya dalam industri hiburan yang mungkin kurang diiktiraf oleh segelintir pihak meskipun sudah lebih sedekad berkecimpung.

Wani Kayrie

Tambah Wani, dia berharap semoga single Jangan Terlepas Pandang itu dapat diterima ramai dan membuatkan sesiapa yang mendengarnya menjadi percaya dengan kebolehan diri sendiri serta tidak takut mencuba perkara baru dalam hidup.

Sekadar info, lagu Jangan Terlepas Pandang boleh didengari dan dinikmati pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Apple Music, Spotify, Joox, YouTube Music.

Video muzik (MV) Jangan Terlepas Pandang pula boleh ditonton secara ekslusif di saluran YouTube Rocketfuel Network.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...